|
.JPG)
Festival Bahasa dan Sastera 2010 telah diadakan di
Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa Pustaka
pada 22 Julai 2010. Festival ini telah dilangsungkan
pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Pelbagai
pertandingan telah dilangsungkan dalam festival ini.
Antaranya seperti Pertandingan Forum Pelajar,
Pertandingan Pidato, Pertandingan Deklamasi Sajak
dan Pertandingan Koir. Festival ini telah terbuka
kepada pelejar Sekolah Menengah Persendirian Cina
Malaysia, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil. Festival ini telah
mewujudkan sebuah pentas kepada pelajar-pelajar
untuk menyerlahkan bakat mereka. Festival ini telah
dihadiri oleh pelajar dari pelbagai sekolah dan
sekolah kita, SMJK Yu Hua berasa bangga kerana telah
dijemput untuk menghadiri festival ini.
Dalam pertandingan Forum Pelajar, wakil-
wakil sekolah telah mengeluarkan pandangan masing-
masing tentang isu-isu yang telah dibincangkan.
Seterusnya mempunyai pertandingan bercerita dan
pertandingan berpidato yang telah disertai oleh
pelajar- pelajar dari sekolah rendah. Cerita- cerita
yang telah disampaikan memang bermakna dan melucukan.
Kemahiran peserta- peserta yang berpidato juga
mengejutkan dan telah mendapat tepukan yang gemuruh
daripada penonton. Pertandingan koir pula telah
disertai oleh beberapa sekolah. Mereka telah
menampilkan diri dengan menyampaikan beberapa buah
lagu yang dikenali ramai dengan seorang pelajar
daripada mereka memainkan piano. Mereka telah sangat
kreatif dalam mempersembahkan lagu masing- masing.
Selepasnya pula mempunyai pertandingan deklamasi
sajak yang disampaikan dengan penuh perasaan.
Selepas makan tengah hari, Dr. Wee Ka
Siong selaku Timbalan Menteri Pelajaran telah tiba
untuk majlis penyampaian hadiah. Ucapan telah diberi
oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka dan Dr. Wee
Ka Siong sebelum hadiah diberikan kepada pemenang-
pemenang. Peserta- peserta yang telah berjaya
memenangi pertandingan- pertandingan tersebut akan
diberi hadiah berserta dengan wang tunai dan sijil
penyertaan sebagai ganjaran. Akhirnya, saya ucapkan
taniah kepada pemenang- pemenang dalam pertandingan—pertandingan
itu.
.JPG)
.JPG)
.JPG)
.JPG)
|