|

Kelab Pencegahan Jenayah sekolah
ini telah mengadakan lawatan ke Dusun Dato Murad,
Air Keroh, Melaka. Lawatan ini diadakan pada 14
April 2010. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk
menambah pengetahuan para pelajar tentang kehidupan
di penjara dan mengelakkan para pelajar daripada
membuat perlakuan yang melanggari undang-undang.
Selain itu, lawatan ini diharapkan dapat mengeratkan
hubungan para pelajar.

Lawatan ini disertai oleh 42
orang pelajar dari kelas 4O, 42 orang ahli kelab ini
dan 4 orang guru iaitu Pn. Gui, Pn. Seng Pn. Kong
dan En. Chuah. Rombongan kami dibahagikan kepada dua
buah bas. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 7.45
pagi. Kami tiba di Dusun Dato Murad pada pukul 10
pagi.

Ketibaan kami disambut oleh
seorang pengawai penjara di sana. Mula-Mula kami
diberi ceramah tentang peraturan-peraturan dan
kehidupan para banduan yang tinggal di dalam penjara.
Kami juga menonton tayangan tentang process merotan
banduan. Kemudian, kami dibahagikan kepada dua
kumpulan untuk melawat sekeliling kawasan di sana.
Kami juga dibawa ke bengkel membuat batik.

Selepas itu, kami makan tengah
hari di Dusun Dato Murad pada pukul 12.35 petang.
Kemudian, kami meninggalkan
Dusun Dato Murad dan bertolak ke Bandar Melaka. Kami
diberi masa selama 2 jam untuk berjalan-jalan di
bandar Melaka. Ada pelajar yang mendaki Bukit
Farmosa, ada yang melawat muzium Melaka dan
sebagainya. Kami bertolak balik pada pukul 4 petang.

Ketika kami tiba di Seremban, kami
bersinggah di sebuah kedai ’Siew Pau’ untuk membeli
makanan tempatan di sana. Selepas 20 minit, kami
meneruskan perjalanan kami balik ke sekolah. Kami
tiba di sekolah pada pukul 7 petang.
Kami memperoleh pengetahuan dan
pengalaman yang banyak daripada lawatan ini. Hal ini
amat berguna kepada kami sebagai pelajar. Kami
berharap akan dapat mengadakan lawatan ke
tempat-tempat lain pula.
Disediakan
oleh,
(LIOW YUN YAO)
Setiausaha Lawatan,
Kelab Pencegahan Jenayah,
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua.
CLICK HERE FOR PHOTO
GALLERY
|