11-Nov-2010                                                                                                                                                  SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

 

 

Home

News & Events

 

 

 

 

 

 

  Sambutan Hari Kebangsaan 2010
 

Pada 30 Ogos 2010 iaitu sehari sebelum Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-53, SMJK Yu Hua, Kajang telah mengadakan sebuah sambutan yang meriah untuk menyambut hari yang bermakna ini. Pada hari tersebut, para pelajar telah membanjiri dewan sekolah pada pukul 7.30pagi seperti biasa, dan selepas nyanyian lagu Negaraku, Selangor dan sekolah, majlis sambutan telah bermula dengan nyanyian patriotic beberapa pelajar di atas pentas.

                     

Sejurus kemudian, wakil pelajar telah memberi ucapan sebagai pembuka majlis yang disertakan ucapan Tuan Pengetua En Chan Kai Choon. Pada pukul 8 pagi, persembahan yang seterusnya telah dimulakan dengan persembahan koir sekolah. Mereka telah merakamkan penghargaan kepada negara tercinta ini dengan beberapa lagu yang merdu. Selepas itu, pelajar Loh Choon Yong dan Chen Tze Yang telah melangkah ke atas pentas dan memulakan pertunjukan Crosstalk yang amat lucu, menghiburkan para pelajar serta guru sekalian.

                  

                 

Pada pukul 8.35 pagi, majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan hiasan papan notis kokurikulum telah bermula. Lembaga pusat sumber telah memperoleh tempat kelima, disertakan Kelab Fotografi yang mendapat tempat keempat. Kelab Astronomi dan Kelab Kesusasteraan Cina berada pada kedudukan ketiga dan kedua, manakala Kelab Komputer telah mendapat Johan. Seterusnya, majlis penyampaian hadiah diteruskan bagi pertandingan membuat topi Satu Malaysia. Pertandingan ini hanya melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan 5 bagi sesi pagi.

                  

                                

Persembahan pelajar diteruskan selepas 10 minit. Pelajar dari Kelab Harmonika mempersembahkan beberapa buah lagu untuk semua hadirin. Kelab Setia yang mengambil bahagian dalam persembahan merupakan klimaks pada hari itu. Mereka telah mempersembahkan drama yang mengulangi kisah- kisah semasa Rombongan Merdeka menuntut kemerdekaan pada tahun 1956. Tingkah laku ahli Kelab Setia yang lucu telah dapat memeriahkan suasana dewan. Persembahan mereka telah mendapat tepukan yang gemuruh daripada semua pelajar dan guru-guru.

 

                              

Pada pukul 9 pagi, upacara disambung dengan tarian moden beberapa ahli Kelab Kreatif Motion yang bergaya. Kelab Wushu juga turut menunujukkan semangat mereka dengan pertunjukan wushu. Akhir sekali, segelintir pelajar daripada pelbagai bangsa telah mempersembahkan tarian tiga bangsa yang amat bermakna. Suasana menjadi lebih riuh-rendah apabila hadirin sekalian menyaksikan tarian mereka yang hebat.

                    

Majlis sambutan Hari Kebangsaan telah tamat pada pukul 9.40 pagi. Semua pelajar telah bersurai dan pergi ke kantin pada waktu rehat.

 

Disediakan oleh:
Lee Sze Han (3A)

 

Tekan Sini untuk lihat Foto Galeri

 

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Email: webmaster@yuhua.edu.my