11-Apr-2011                                                                                                                                                  SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

 

 

Home

News & Events

 

 

 

 

 

 

 KEM KERJAYA 2011

 

Laporan Kem Kerjaya 2011

Pada 26 Februari 2011 bersamaan hari Sabtu yang lalu, Kelab Panduan Kerjaya dan Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua telah mengadakan satu kem motivasi yang bertajuk Kem Kerjaya yang khas untuk pelajar tingkatan tiga hingga tingkatan enam di bilik seminar sekolah. Seramai 83 orang pelajar telah menyertai Kem Kerjaya ini. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk membantu pelajar lebih mengenali diri sendiri supaya dapat mencapai matlamat dengan lebih mudah.

                Pada hari tersebut, semua peserta diwajibkan untuk memakai pakaian seragam sekolah dan mendaftarkan diri di luar bilik seminar sebelum pukul 8 pagi. Sebagai ahli jawatan kuasa kem ini, saya telah tiba di sekolah awal pagi untuk menyusun meja dan membantu cikgu untuk membuat kerja persiapan. Pada pukul 8.30 pagi, semua peserta telah tiba dan kem ini dimulakan dengan ucapan perasmian En. Nagaya dan seterusnya upcapan daripada Pn. Ng Soo Ha, guru penasihat kepada Kelab Panduan Kerjaya. Kami telah mengalu-alukan kedatangan pensyarah dengan tepukan yang gemuruh dan pemberian hadiah.

                Tepat pukul 10 pagi, kem ini dimulakan secara rasmi. Pensyarah itu memulakan ceramahnya dengan cerita yang menarik tetapi penuh dengan mesej dan pengajaran kepada kami. Selepas itu, pensyarah itu meletak kertas di atas setiap meja yang mewakili pulau. kami diarah untuk mencari pulau yang bersesuai untuk kami dan duduk mengikut kumpulan. Melalui permainan ini, kami dapat mengetahui minat dan sektor pekerjaan yang bersesuaian untuk kami. Selepas itu, pensyarah itu juga memberi banyak kuiz kepada kami untuk mengenal pasti bahawa kami berminat dalam sektor tersebut. Secara tidak langsung, kami boleh terdedah kepada maklumat lebih banyak pekerjaan. kami juga diarahkan untuk meninggalkan pulau tersebut jika kami mendapati pulau itu tidak bersesuaian untuk kami.

                Pada pukul 1.30 petang, kami diberi rehat selama satu jam untuk makan tengah hari. kami telah menyediakan bungkusan nasi goring dan air mineral kepada setiap peserta dan pensyarah. Selepas rehat, kami meneruskan permainan kami tetapi berlainan. Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 orang. Setiap kumpulan diberikan wang palsu yang sama amaun untuk membeli ‘barang’ yang kami ingin. Kami diberitahu untuk menggunakan wang yang paling kurang untuk membeli barang yang paling banyak. Barang yang kami belikan ialah benda yang kami ingin apabila kami bekerja kelak. pada akhir permainan ini, kumpulan 5 telah menang.

                Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti pembentangan. Setiap kumpulan diberi peluang untuk menjadi ‘guru kaunseling’ dan membentangkan idea kami di atas pentas. Dalam aktiviti ini, keberanian pelajar dapat dilatih dan pelajar dapat memberikan pandangan mereka melalui saluran yang betul. Sebelum kem ini berakhir, pensyarah itu memberi cadangan yang bernas kepada kami dan beliau juga berharap agar semua peserta dapat mengenal pasti matlamat sendiri agar tidak menyesal kelak. kem ini diakhiri dengan sesi photo pada pukul 5.00 petang. Semua peserta mengambil gambar bersama dengan pensyarah. Sebelum peserta balik ke rumah, mereka diberi kuih untuk makanan minum petang.

                Selepas mengemas semua barang, kami pulang ke rumah masing-masing pada pukul 5.30 petang. Melalui Kem kerjaya ini, saya mengetahui lebih maklumat tentang kerjaya dan dapat mengenali lebih ramai kawan. Saya juga mendapati kerjasama antara kawan juga sangat penting untuk menjayakan kem ini. Terima kasih kepada pelajar yang menghadiri kem ini dan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada kami. Saya berharap kem yang amat bermakna ini akan diteruskan pada setiap tahun.

\

 

Laporan disediakan oleh                                                                                                    31 MAC 2011     

Lee Xiao Yan (5K)
Setiausaha Kelab Panduan Kerjaya,
SMJK Yu Hua.

 

CLICK HERE FOR PHOTO GALLERY

 

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Email: webmaster@yuhua.edu.my