|
.JPG)
Sekolah Menengah Jenis kebangsaan Yu Hua telah
menganjurkan kem kepimpinan kali-14 selama 3 hari
iaitu dari 30 May 2011 hingga 1 Jun 2011 .Kem ini
telah diadakan di The Woods Resort & Training
centre, Ulu Yam Perdana. Penganjur kem ini ialah
PIBG SMJK Yu Hua, Unit Ko-kurikulum dan Unit
Kaunseling SMJK Yu Hua. Objektif kem ini adalah
mencungkil bakat dan melahirkan bakal pemimpin kelab
dan persatuan SMJK Yu Hua yang berpotensi tinggi,
membantu bakal pemimpin memperolehi teknik-teknik
kepimpinan dan cara-cara menguruskan kelab dan
persatuan dan memupuk keyakinan diri, teknik
berkomunikasi dan semangat berpasukan di kalangan
bakal pemimpin. Komadan kem ini merupakan Cikgu
Khairul Faiz dan Cik Jeisiamala .
.JPG) .JPG)
Pada hari pertama, semua peserta berkumpul di
dewan sekolah pada pukul 8.00 pagi. Perasmian kem
ini telah diadakan pada pukul 8.30 pagi. VIP seperti
pengerusi lembaga pengurus SMJK Yu Hua Encik Tan
Teck Sing, naib pengerusi PIBG Encik Lim Chin Yuan
dan ahli-ahli PIBG yang lain telah diiringi oleh
ketua unit kaunseling Puan Chuah Moon Kim untuk
merasmikan kem ini. Selepas itu, semua peserta,
cikgu, AJK kem telah bertolak ke tempat kem dengan
menaik bas. Sesi ceramah pertama yang bertajuk
“Ciri-ciri Pemimpin yang Cemerlang” telah
disampaikan oleh penceramah dari INTI Laureate
International University.
.JPG) .JPG)
Terdapat 3 sesi LDk sepanjang kem ini. LDK 1
merupakan Kumpulam Saya. Objektif program ini ialah
membahagikan peserta kepada 8 kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai seorang fasilitator yang
mengiringi mereka. Peserta saling berkenalan dengan
ahli kumpulan mereka sendiri menerusi program ini.
Kemudian, setiap kumpulan diminta memikirkan nama
kumpulan, slogan atau tepukan serta melukiskan
bendera kumpulan masing-masing .
.JPG)
Pada waktu malam, LDK 2 iaitu Decision Making
telah diadakan. Setiap kumpulan diminta merancangkan
pembinaan satu bandar dengan sumber kewangan yang
terhad. Setiap ahli berpeluang berbincang dengan
ahli-ahli lain dalam kumpulan masing-masing tentang
pembangunan bandar itu. Kemudian setiap kumpulan
diberi masa 8 minit untuk membentangkan hasil kerja
kumpulan mereka di hadapan orang ramai.
Pada hari kedua, semua peserta berkumpul di
dewan pada awal pagi. Para fasilitator telah
menjalankan aktiviti senamrobik di padang .
Senamrobik ini dapat bukan sahaja dapat memanaskan
badan peserta malah menjadikan peserta lebih
bersemangat. Selepas bersarapan , kami telah
menyertai aktiviti jungle trekking. Para peserta
mendaki kawasan bukit yang terletak berhampiran
dengan tempat kem .
Selepas makan tengah hari, satu ceramah tentang
team building telah diadakan . Pensyarah ceramah ini
merupakan pensyarah dari Taylor University. Beberapa
permainan telah dimain oleh peserta semasa ceramah
itu . Pada waktu petang , LDK 3 Eco Power. Eco power
ini memupuk kreatif dan inovatif peserta. Peserta
diminta menggunakan benda yang dikutip semasa jungle
trekking untuk menghasilkan satu benda yang berguna
dan mesra alam. Pada waktu malam, Malam Kepimpinan
Yuhua telah diadakan. Setiap kumpulan hendaklah
mempersembahkan satu drama mengikut tajuk yang telah
dipilih.
.jpg)
Pada hari ketiga, Penolong Kanan kokurikulum,
Encik Nagayaya telah memberikan satu ceramah tentang
pengurusan Kokurikulum iaitu Pengurusan Masa
Pemimpin Pelajar yang Cemerlang . Sebagai nota titik
kem ini, Encik Ngayaya telah merasmikan Perasmian
tutup Kem Kepimpinan Kali Ke-14. Di samping itu,
Puan Chuah Moon Kim telah menyampai sijil penyertaan
kepada semua peserta sebagai tanda perhargaan.
.JPG)
Click here for Photo Gallery:
Day 1
Day 2
Day 3
|