Laporan Kem Motivasi dan Jati Diri SPM 2011
.JPG)
Kem motivasi dan jati
diri SPM 2011 telah dianjurkan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling SMJK Yu Hua Kajang dari
7 Mei 2011 hingga 8 mei 2011 di Excel
Training&Resorts Centre,Ulu Beranang.Tujuan kem
ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan
prestasi pelajar dalam menjawab soalan tiga
bahasa iaitu Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,dan
Bahasa Cina dalam peperiksaan SPM yang akan
datang nanti.Seramai 63 orang pelajar Tingkatan
Lima menyertai kem tersebut serta diiringi oleh
4 orang guru.Kami bertolak dari sekolah pada
1.00p.m dari sekolah dengan bas.
Kami sampai ke
destinasi kira-kira pada 2.00p.m. Setelah sampai
di situ,semua peserta kem dan guru-guru
dihidangkan makanan yang disediakan.Selepas
makan,mulalah aktiviti-aktiviti yang disediakan
untuk kem tersebut.Seorang penceramah telah
dijemput untuk member ceramah yang berkaitan
tentang apakah nilai yang ditentukan untuk diri
sendiri.Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri pelajar untuk menghadapi
peperiksaan dan tidak mudah berputus asa.
.JPG)
Selepas ceramah tersebut,sampai masa untuk
riadah dan permainan.Para peserta telah
dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap
kumpulan telah dikehendaki untuk mempersembahkan
identiti kumpulan
mereka.Selepas itu,mulalah permainan yang
disediakan.Permainan yang disediakan adalah
berkaitan dengan tiga bahasa tersebut supaya
mereka dapat bermain sambil belajar.
.JPG)
Pada waktu
malam,terdapat bengkel teknik menjawab soalan
pertama iaitu dalam Bahasa Inggeris yang
disediakan oleh Cik Kok Ming Wai.Beliau
merupakan guru disiplin sekolah dan juga guru
Bahasa Inggeris yang cemerlang.Beliau
telah mendedahkan teknik untuk menjawab soalan
kertas Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM
kepada para peserta.
.JPG)
Pada hari seterusnya
iaitu hari terakhir di tempat kem
tersebut,terdapat bengkel teknik menjawab soalan
dalam Bahasa Cina yang disediakan oleh En.Yong
Kiang Yeow.Beliau merupakan guru panitia Bahasa
Cina di sekolah.Pelbagai teknik telah didedahkan
oleh beliau untuk menjawab soalan Bahasa Cina
dalam peperiksaan SPM.Selepas itu,terdapat
bengkel teknik menjawab soalan yang terakhir
iaitu dalam Bahasa Malaysia yang disediakan oleh
seorang guru cemerlang dari SMK Jalan Bukit
Kajang.
.JPG)
Perasmian tutup telah
dirasmikan oleh Pn.Gui Sew Hwa yang merupakan
Penolong Kanan HEM SMJK Yu Hua Kajang.Beliau
telah member kata-kata yang memotivasikan para
peserta supaya mereka dapat menghadapi
peperiksaan SPM dengan berkeyakinan.
.JPG)
Kem ini telah
dijayakan dengan sumbangan dan jasa pelbagai
pihak seperti Unit Bimbingan dan Kaunseling
sekolah,pasukan Pembimbing Rakan Sebaya,ahli
Kelab Laman Web sekolah dan lai-lain.Diharapkan
kem seperti ini dapat terus dianjurkan pada masa
hadapan supaya melahirkan para pelajar
berkualiti.
Disediakan oleh,
HYLiew
(LIEW HO YANN)
AJK Kem Motivasi dan Jati Diri SPM 2011