|
Pada 27 Disember, semua calon PMR membawa perasaan
yang gelisah ke sekolah. Mereka risau kerana
keputusan PMR mereka akan diumumkan kemudian. Saya
pernah mengalami pengalaman ini pada tahun lepas.
Saya masih ingat, saya tidak dapat tidur dengan lena
sebelum keputusan PMR diumumkan. Sebelum 9 pagi,
semua guru tingkatan 3 telah bersedia di meja
masing-masing. Saya nampak semua guru sibuk untuk
menyusun fail-fail pelajar mereka. Saya dan
ahli-ahli pasukan laman web tunggu di sana sehingga
keputusan PMR datang.

Pada masa 10 pagi, ramai pelajar tingkat 3 dan ibu
bapa mereka sudah berkumpul di lobi dewan sekolah.
Saya mendapati ramai orang berbincang dengan kawan
masing-masing dan topik perbualan mereka adalah sama,
iaitu PMR. Beberapa orang ahli pasukan laman web
ialah calon PMR tahun ini, mereka memberitahu saya,
ibu bapa mereka akan menghadiahi ganjaran kepada
mereka jika mereka mendapat keputusan cemerlang
dalam PMR.

Pada 12 tengah hari, keputusan PMR diumumkan, saya
nampak ramai pelajar berebut-rebut untuk mengetahui
keputusan mereka dengan segera. Saya nampak
sesetengah pelajar gembira dan membuat panggilan
telefon kepada ibu bapa masing-masing untuk
melaporkan berita baik kepada mereka. Walaupun
begitu, saya nampak sesetengah pelajar kecewa kerana
tidak mendapat keputusan yang diharapkan.

Pada tahun ini, seramai 70 orang calon mendapat 8A,
49 orang calon mendapat 7A dan 43 orang calon
mendapat 6A. Pretasi ini telah mengharumkan nama
baik sekolah kita. Dengan ini, saya ingin
mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang
mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Saya
berharap mereka akan belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh untuk menghadapi cabaran yang
lebih berat iaitu SPM.
- Pengerusi Pasukan Laman Web
Chong Kim Yeong
Klik Sini Untuk Galeri Gambar
|