|
Pada
16 Jun 2007, Pasukan Pengakap SMJK Yu Hua telah
mengadakan majlis unggun api ke-43. Majlis ini
diadakan setiap tahun sekali. Tempat majlis ini
diadakan di padang sekolah.
Pada
hari tersebut, pasukan pengakap lelaki sekolah telah
menjemput ramai tetamu khas, iaitu Pemangku Pegetua
Puan Chang Keng Ling, Penyelia Petang Puan Lim Mui
Tin, Penolong Penyelia Petang Encik Chong Yuen Keong,
PK Kokurikulum Encik Nagayaya, bekas ahli-ahli
pasukan pengakap, ahli-ahli pegakap dari sekolah
lain. Manakala, ahli-ahli pasukan seragam, pasukan
perkhimatan, kelab serta permainan juga dijemputkan
oleh pasukan pengakap.
Tujuan
majlis unggun api ini ialah untuk memberi peringatan
kepada jasa ahli-ahli pasukan pengakap pada tahun
lepas. Pada pukul 4 petang, terdapat ramai ahli
pasukan berkumpul di lobi masing-masing. Mereka juga
melaporkan diri di lobi dan mengambil T-shirt yang
bertema dengan kem ini. Tema kem ini ialah “Masa
Dahulu di Rom”. Pada pukul 6 petang, semua peserta
telah pergi ke kantin ntuk menjamu selera. Semasa
mereka makan di kantin, ada sebahagian peserta
bersembang, juga terdapat segelintir peserta
bernyanyi sambil bertepuk tangan, berjerit-jerit
koman pasukan masing-masing.
Pada
pukul 7 petang, majlis unggun api dimulakan dengan
menari lagu “Y.M.C.A” dan “Hey Ha”. Acara seterusnya
ialah menyambut ketibaan tetamu khas iaitu Pemangku
Pengetua, PK Kokurikulum, Penyelia Petang, Penolong
Penyelia Petang dan lain-lain. Kemudian, semua
peserta dipersilakan untuk berdiri tegak untuk
menyanyi lagu Negaraku, lagu Negiri dan lagu Sekolah.
Acara yang diikut ialah ucapan alu-aluan daripada
Pemangku Pengetua telah dimulakan.
Pada
pukul 8.30 malam, acara menari telah diteruskan.
Selepas manari, sampailah acara penyampaian hadiah
peringatan kepada para peserta. Hadiah tessebut
ialah sebuah lencana yang direkabentuk oleh ahli
pasukan pengakap sekolah. Walaupun lencana tersebut
bersaiz kecil tetapi telah melambang usaha dan titik
peluh pereka serta tujuan majlis yang amat bermakna.
Acara kemuncak pada majlis ini telah dimulakan
selepas penyampaian hadiah peringatan iaitu
penyalakan unggun api. Acara ini telah dirasmikan
oleh Encik Nagayaya serta Encik Chong Yuen Keong.
Acara
seterusnya ialah tarian-tarian berpasangan.
Tarian-tarian
ini diwajibkan seorang lelaki serta seorang
perempuan untuk menari oleh pihak penganjur. Selepas
tarian-tarian ini, majlis unggun api 2007 telah
tamat. Walaupun pada malam tersebut, Hujan yang
lebat telah turun, tetapi ribuan terima kasih diucap
kepada semua peserta yang telah menjayakan majlis
ini. Sekian, terima kasih.
Click here
for photos.
|