|
Pada 3 Julai 2007,
Selasa, 7.30a.m., SMJK Yu Hua telah mengadakan
ceramah bagi mencegah dadah di kalangan pelajar.
Ceramah ini diadakan di dewan sekolah. Penceramah tersebut ialah Pn. Noraini Norsuki dari
Jabatan Pendidikan Selangor. Tujuan mengadakan
ceramah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran
tentang bahayanya dadah dan rokok di kalangan
pelajar. Penceramah menyatakan dadah merupakan musuh
utama negara kita.
Merokok merupakan langkah pertama
penagihan dadah. Maka kita perlu menjauhi rokok demi
menjaga maruah diri, keluarga, masyarakat dan
negara. Beliau berharap pelajar tidak melibatkan
diri dalam gelaja negatif ini selepas mendengar
ceramah ini.
|