27-Jul-2007                                                                                                                                                  SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

 

 

Home

News & Events

 

 

 

 

 

 Kejohanan Olahraga ke – 59
 
 

Kejohanan Olahraga ke – 59

Pada 27 April 2007( Jumaat), SMJK Yu Hua Kajang telah mengadakan Kejohanan Olahraga ke – 59. Ia telah diadakan di Stadium Kajang dan berlangsung selama 4 jam. Murid-murid dan peserta-peserta berkumpul di Stadium Kajang dan masuk ke padang pada pukul 7.35pagi.

Yang mengikuti ialah ketibaan Pemangku Pengetua – Pn. Chang Keng Ling dan tetamu kehormat. Pada pukul 8.00pagi, lagu ‘Negaraku’ ,lagu negeri Selangor dan lagu sekolah telah dinyanyikan. Selepas itu, Pemangku Pegetua SMJK Yu Hua Kajang – Pn, Chang telah mengucapkan alu- aluan. Selepas Pn. Chang mengucapkan, ucapan perasmian telah dijalankan oleh Yang DiPertua PIBG – En. Tan Keat Sing.

Pelbagai acara telah dijalankan semasa ucapan tersebut iaitu, Upacara Naik Bendera yang dijalankan oleh beberapa orang murid dari pelbagai persatuan beruniform, Lafaz Ikrar yang dilafazkan oleh murid Lim Yi Jing dan lintas hormat yang bermula oleh Rumah Merah> Rumah Hijau> Rumah Kuning> Rumah biru> Kadet Polis Lelaki> Kadet Polis Perempuan> Bomba> Kadt Remaja Sekolah> Persatuan St. John> Pandu Puteri> Pengakap> Pancaragam.

Mereka memberi hormat kepada guru-guru sekolah dan tetamu hormat. Selepas lintas hormat oleh pelbagai rumah dan persatuan, acara-acara olahraga pun dijalankan. Kejohanan Olahraga tersebut telah diakhiri pada pukul 12tengah hari.

 

Klik Sini Untuk Gambar - Web Team Images©

 

 

 

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Email: webmaster@yuhua.edu.my