06-Mar-2008                                                                                                                                                  SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

 

 

Home

News & Events

 

 

 

 

 

 

Kejohanan Merentas Desa
 
SMJK Yu Hua telah menyambut ulang tahun ke-90 pada 3 Mac 2008. Pada tarikh yang bermakna ini, sekolah telah mengadakan kejohanan merentas desa. Kejohanan ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan ulang tahun sekolah tetapi juga untuk meredakan tekanan sebelum menduduki ujian 1 yang akan diadakan pada keesokan harinya.
 
srgb-6938

Pada pukul 7.20 pagi, semua pelajar telah berkumpul di sekolah dan bersedia untuk pertandingan ini. Pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kelihatan banyak pelajar memanaskan diri sebelum pertandingan bermula untuk mengelakkan diri daripada kecederaan.

Pertandingan bermula pada pukul 8.20 pagi. Semua peserta telah bersedia untuk acara pelepasan. Jarak larian bagi peserta lelaki ialah 7km manakala peserta perempuan ialah 5km.
 
srgb-6930-2

Beberapa unit kokurikulum seperti pandu puteri, kadet remaja sekolah, dan pasukan beruniform yang lain membuka gerai di bawah bangunan 6 tingkat untuk menjual pelbagai jenis makanan dan minuman kepada para peserta.
 
PICT0006


Pada pukul 9.30 pagi, hampir semua peserta telah kembali ke sekolah. Mereka kelihatan letih, dahaga dan sesetengah peserta pengsan akibat kehilangan tenaga. Pada masa yang sama, kelab pancaragam mempersembahkan lagu-lagu yang amat mempesonakan. Selepas persembahan tersebut, kelab gendang 24 dan kelab tarian singa telah mengambil alih dengan mempersembahkan beberapa aksi yang hebat.
 
srgb-6955


Pada pukul 11.00 pagi, semua peserta diminta untuk masuk ke dewan sekolah untuk menyaksikan majlis penyampaian hadiah. Ketua rumah sukan akan naik ke pentas dengan bendera rumah sukan masing-masing setiap kali ahli rumah sukannya mendapat hadiah. Tindakan ini telah menjadi budaya Yu Hua. Johan keseluruhan kejohanan merentas desa tahun ini ialah rumah biru. Tahniah kepada semua ahli rumah biru. Namun demikian, rumah-rumah sukan yang lain tidak patut berasa kecewa tetapi perlu terus berlatih dengan bersungguh-sungguh supaya dapat memenangi hadiah ini pada tahun yang akan datang.
 
PICT0001
 
Pengerusi Pasukan Laman Web
Chong Kim Yeong
 

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Email: webmaster@yuhua.edu.my