Kejohanan
Olahraga ke – 60
Pada 18 April 2007 (Jumaat), SMJK Yu Hua Kajang telah mengadakan
Kejohanan Olahraga ke – 60 yang diadakan di
Stadium Kajang dan berlangsung selama 4 jam.
Pelajar-pelajar dan peserta-peserta berkumpul di
padang Stadium
Kajang dan masuk ke padang pada pukul 7.35 pagi.

Majlis bermula dengan ialah
ketibaan pengetua SMJK Yu Hua, En. Chan Kai Choon dan
para
tetamu kehormat. Pada pukul 8.00 pagi, lagu
‘Negaraku’ , lagu negeri Selangor dan lagu sekolah
telah dinyanyikan. Selepas itu, Pengetua
SMJK Yu Hua Kajang – En. Chan Kai Choon telah
memberikan kata alu-
aluan. Ini diikuti pula ucapan
perasmian kejohanan olahraga ke-60 oleh Yang DiPertua PIBG –
En. Tan Keat Sing.

Upacara menaikkan bendera dijalankan oleh beberapa
pemimpin daripada pasukan
pengakap, Lafaz
Ikrar diketuai oleh pelajar Yong Pui Yee dan upacara
lintas hormat oleh pelbagai rumah sukan dan pasukan
seragam.

Mereka
memberi hormat kepada guru-guru sekolah dan para tetamu
hormat. Selepas lintas hormat oleh pelbagai rumah
sukan dan
pasukan seragam, acara-acara olahraga pun dimulakan.
Kejohanan Olahraga tersebut berakhir pada
pukul 12.00 tengah hari.
