01-Sep-2009                                                                                                                                                  SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

 

 

Home

News & Events

 

 

 

 

 

 

 LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SEKOLAH smJk YU HUA, KAJANG
KE Ibu Pejabat JABATAN Kimia MalaysiA
 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SEKOLAH smJk YU HUA, KAJANG

KE Ibu Pejabat JABATAN Kimia MalaysiA

 

Tarikh                          :           3.6.2009

Masa                            :           9.00 am -12.00 pm

Tempat                        :           Jabatan Kimia Malaysia (JKM)

Bilangan Pelajar          :           25 orang (termasuk 1 orang guru)

            Pada 8.30am, pelajar tingkatan 6AS3berkumpul di lobi SMJK Yu Hua, Kajang bersama Pn. Sang Fay Lee. Pada 9.00am, bas telah sampai ke Jabatan Kimia Malaysia. Taklimat diberikan oleh Pegawai Perhubungan Awam JKM, Pn. Nurul Aini Mohd. Noor di kafeteria. Beliau memberikan penjelasan tentang sejarah Jabatan Kimia Malaysia dan bidang-bidang kerja yang diliputi oleh JKM seperti forensik, penjagaan alam sekitar, bioteknologi dan penyelidikan jaminan kualiti.

            Jabatan Kimia Malaysia telah menjalankan pelbagai penyelidikan dalam forensik seperti kes pembunuhan, penentuan identiti penjenayah, jaminan kualiti seperti kes asid borik berlebihan dalam makanan, kes-kes keracunan makanan dan sebagainya. JKM telah menerima pelbagai anugerah berprestij dalam penyelidikan dari segi ketangkasan dan ketepatan serta kuailitinya yang tinggi.

Seterusnya kami menjamu sarapan yang disediakan oleh pihak JKM dan selepas itu terus dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai seramai 9 orang pelajar dalam setiap kumpulan.. Kumpulan pertama diiringi oleh Pn. Nurul Aini Mohd Noor manakala kumpulan kedua diiringi oleh Pn. Maslina Mat Jusoh.

            Bagi kumpulan pertama, lawatan ke bahagian pertama ialah Makmal R&D (bahagian PJK). Pegawai bertanggungjawab memberi maklumat tentang kerja di makmal tersebut dan memperkenalkan pelbagai jenis perkakasan yang digunakan kepada kami. Selain itu beliau juga membuat demonstrasi tentang cara-cara menggunakan mesin-mesin tertentu seperti analisis kromatografi. Makmal Udara ddan Makmal Logam dari Seksyan Alam Sekitar adalah destinsai kami seterusnya. Kami didedahkan dengan cara-cara pengasingan ion-ion dengan perkakasan cangih. Selepas itu kumpulan ini diiringi ke Makmal Utama (Seksyen Makanan) di tingkat 3 di mana kami diperkenalkan dengan cara menentukan peratusan bahan-bahan kimia dalam makanan dan akhir sekali makamal yang dilawati ialah Makmal Meat Speciation (Seksyen Bioteknologi). Pegawai bertanggungjawab memperkenalkan cara menentukan keaslian bahan-bahan seperti daging, tanduk rusa dan gula-gula melalui ujian-ujian yang digunakan.

            Pada jam kira-kira 12.00pm, pelajar-pelajar berkumpul semula di lobi utama JKM dan selepas mengambil gambar berkumpulan kami pun mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai  yang bertugas. Kami menaiki bas lalu memulakan perjalanan pulang ke SMJK Yu Hua, Kajang.

 

 

 

 
 
 
 

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Email: webmaster@yuhua.edu.my