Lawatan
ke Pameran Sains Sukan di UPM
Pada 14 Februari 2009, Pengawas Sukan SMJK
Yuhua telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke Pameran Sains Sukan dan Konferens
Pendidikan Jasmani yang dianjurkan oleh
Universiti Putra Malaysia di Fakulti
Pengajian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Jasmani dan Pendidkan Kesihatan UPM. Lawatan
in disertai oleh 42 orang pelajar serta 2
orang guru pengiring, iaitu Puan Sang Fay
Lee dan Puan Lay Seok Peng. Pada hari
tersebut, para pelajar dan guru berkumpul
pada pukul 9.00 pagi, bertolak dengan
menaiki sebuah bas pada jam 9.30 pagi.
Setibanya di UPM, kami telah dialu-alukan
oleh wakil daripada pihak penganjur dan
dibawa ke makmal pertama. Makmal ini
mempamerkan beberapa alatan dan informasi
berkaitan dengan struktur badan dan
keupayaan fizikal manusia. Antaranya ialah
sebuah galeri tulang manusia, pameran alatan
menyukatan tekanan darah serta alatan
electronic untuk menyukat keupayaan
kardiovaskular yang digunakan bersama mesin
treadmill dan ergometer.
Seterusnya, kami pergi ke makmal seterusnya
yang menempatan berberapa experimen yang
berkaitan dengan pengaruh deria manusia
terhadap tumpuan dan membuat keputusan serta
koordinasi tubuh badan seseorang. Experimen
pertama berkaitan tumpuan minda yang boleh
ditajamkankan melalui latihan. Experimen
yang seterusnya menguji kaitan antara
koordinasi tubuh badan serta deria manusia
yang lain dengan penglihatan.
Selepas itu, para pelajar dan guru tiba di
sebuah bilik yang menempatkan peralatan
sukan yang bertujuan melatih keupayaan
fizikal seseorang. Kami diperkenalkan dan
diajar cara menggunakan alatan-alatan
tersebut yang termasuk dumbbell, treadmill,
alatan bench press, ergometer, medicine ball
serta mesin cable column. Kami juga diberi
peluang untuk mencuba alatan-alatan ini
dengan tunjuk ajar daripada fasilitator di sana.
Akhirnya, kami tiba di sebuah dewan yang
menempatkan pelbagai alatan untuk mengukur
keupayaan fisikal seseorang untuk menentukan
keadaan fizikalnya dalam bidang tertentu
bagi memudahkan pemilihan atlet. Kami
berpeluang untuk mencuba prosedur-prosedur
tersebut termasuk ujian lompatan menegak dan
ujian refleksi seluruh badan. Kesemua ujian
ini dilakukan dengan bantuan alatan
elektronik yang memberi bacaan yang lebih
tepat berbanding dengan alatan manual.
Selain itu, alatan serta cubaan aktiviti
“abseiling” dan pengiraan kelajuan
menggunakan alat pengesan pergerakan juga
dipamerkan di sana.
Lawatan ini tamat pada jam 12.00 tengah hari.
Kami semua dihadiahkan sebuah pin kolar yang
bertemakan “Tourism Malaysia”. Kami
pulang ke sekolah pada pukul 1.00 petang.
Pameran ini membuka mata dan minda kami
tentang keupayaan dan limitasi tubuh badan
manusia dan lebih mengenali diri sendiri.











