SEMINAR
“PENGAJIAN BIOMEDICAL ASAS MEMBAWA KEPADA
PENEMUAN PERAWATAN BARU UNTUK PENYAKIT
MANUSIA” OLEH PROF. H. ROBERT HORVITZ
Tarikh
:
16.3.2009
Masa
: 9.00 am -12.00 am
Tempat:
Dewan Tunku Canselor, UniversitI
Malaya,
Kuala Lumpur
Bilangan Pelajar:
39 orang (termasuk 2 orang guru)
Pada 9.00 pagi,
semua pelajar
telah berkumpul di lobi SMJK Yu Hua, Kajang
bersama Pn. Sang Fay Lee dan Pn. Rosiah
Musani. Pelajar-pelajar menaiki bas selepas
diarahkan oleh guru.
Pada 10.00 pagi, bas sampai ke Dewan
Tunku Canselor, Univeriti Malaya. Ceramah
dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi
International Peace Foundation,
En. Uwe Morawetz.
Beliau memberikan penjelasan tentang
“Bridges” yang bermatlamat untuk mencapai
keamanan. Beliau memberikan penjelasannya
secara ringkas
sebelum Prof.
Howard Robert Horvitz dijemput untuk memberi
ceramah beliau yang bertajuk “Pengajian
Biomedical Asas Membawa Kepada Penemuan
Perawatan Baru Untuk Penyakit Manusia”. Kami
amat berbangga kerana maklis ini turut
disertai oleh Putera Sultan Perak, DYMM Raja
Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah
Prof. H. Robert Horvitz ialah seorang
mikrobiologis yang telah mendapat “2002
Nobel Prize in Medicine” dengan penemuan
beliau tentang penumbuhan organ mengikut
peraturan genetik dan kematian sel terprogam
(apoptosis). Beliau mendapati bahawa
bilangan sel yang tumbuh setiap hari perlu
sama dengan bilangan sel yang mati pada hari
yang sama. Ini menjamin tahap kesihatan kita
dan mengelakkan penyakit tumor. Beliau
berpendapat bahawa kematian sel yang tidak
teratur akan membawa kepada pelbagai jenis
penyakit seperti penyakit barah, tumor dan
degenerasi sel-sel saraf.
Dalam kajiannya, beliau telah menggunakan
sejenis mickoorganisma,
iaitu
Caenorhabditis elegans.
Beliau menggunakan mirrob ini kerana para
saintis memahami semua aspek mikrob ini
walaupun
rakan-rakan beliau kurang
yakin dengan
penggunaan spesies tersebut. Penemuan beliau
mendapati bahawa gen ced-3 membunuh sel-sel
kita manakala gen ced-4 mengaktifkan gen
ced-3 untuk membunuh sel. Selain itu, beliau
mendapati gen ced-9 dapat mencegah gen ced-4
manakala gene egl-1 mencegah gen ced-9.
Penemuan yang penting tersebut banyak
menyumbang kepada pengetahuan tentang
kematian sel terprogam dan penciptaan ubat
baru, terutamanya untuk penyakit barah.
Beliau berpendapat bahawa pengetahuan sains
adalah penting dalam penggubalan dasar
kerajaan juga. Selain itu, kerajaan dan
perlembagaan perlu memberi sokongan kepada
kajian asas sains.
Ceramahnya tamat pada pukul 12.00
tengah hari dan beliau memotivasikan para
penonton dengan menunjukkan sijil diploma
nobel yang dimenanginya. Sesi soal jawab
telah diadakan. Beberapa orang profesor
dari universiti-universiti tempatan
yang menghadiri ceramah telah menyoal
tentang pengajian
bidang sains asas
dan proses pengajian beliau. Selain itu,
soalan tentang pendapat beliau terhadap
isu-isu semasa juga disoalkan. Walau
bagaimanapun, beliau menjawab semua soalan
secara bersungguh-sungguh. Sesi ceramah
telah tamat pada pukul 12.30 tengahari.
Selepas itu, jamuan telah disediakan di luar
dewan dan kami bertolak pulang pada pukul
1.00 petang selepas mengambil foto dekat
pentas Dewan Tunku Canselor.





