|
Pemberian wang bantuan persekolahan sebanyak RM100
kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan
menengah di seluruh negara sudah bermula. SMJK Yu
Hua Kajang telah mengedarkan wang bantuan
persekolahan mulai pukul 10.30 pagi hari ini
(15-11-2011).
Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan
merupakan kumpulan pertama yang menerima wang
bantuan persekolahan sebanyak RM 100.00.
Pihak sekolah telah memutuskan untuk memberi wang
bantuan ini secara berperingkat bermula dengan
tingkatan 1 dan peralihan pada hari ini dan diikuti
dengan Tingkatan 2 pada 16hb Nov 2011. Masa
edaran ditetapkan bermula pada pukul 10.30 am - 1.00
ptg bertempat di Blok Makmal. Pelajar Tingkatan 3
akan menerima wang bantuan mereka pada hari Khamis
dan diikuti dengan pelajar Tingkatan 4 pada hari
Jumaat.
Pelajar-pelajar disaran membawa kad pengenalan
semasa mengutip wang bantuan tersebut. Sila
berurusan dengan guru tingkatan masing-masing yang
akan ditempatkan dimakmal-makmal sains.


Click here for photo gallery
|