|
Jogathon 2006
Looking for the pictures? Click
HERE!
Looking for
the route map? Click
HERE! Sekolah
kami sekali lagi berjaya menganjurkan
kejohanan merentas desa pada 3 March 2006.
Kejohanan ini adalah atas kerjasama semua
badan beruniform dan semua guru yang
bertugas .
Seperti
tahun tahun yang lepas, semua pelajar
berkumpul di gelanggang bola keranjang
mengikut kategori. Pada jam 8 pagi, kumpulan
demi kumpulan dilepaskan oleh pengetua
sekolah kami bersama dengan beberapa orang
guru kanan.
Sepanjang kejohanan ini berlangsung, tiada
sebarang
kejadian
yang
tidak diingini berlaku. Didapati juga
terdapat beberapa orang peserta berasa tidak
selesa kerana kepenatan. Semua petugas dalam
kejohanan ini telah bertugas dengan
bertanggungjawab, dan peserta berlari dengan
bersungguh-sungguh.
Kejohanan merentas desa ini telah
berlangsung selama 2 jam. Lebih kurang pada
pukul 10.30 pagi, majlis penyampaian hadiah
talah diadakan di dalam dewan sekolah.
Sebelum
berlangsungnya majlis penyampaian hadiah,
semua
peserta dan
guru menyaksikan pertunjukan daripada pihak
sekolah seperti tarian singa dan persembahan
pasukan pancaragam sekolah di gelanggang
bola keranjang. Selepas itu, barulah
penyampaian hadiah kepada pemenang–pemenang
kejohannan ini diadakan di dalam dewan.
Secara keseluruhannya, kejohanan
merentas desa sekolah Yuhua tahun 2006
berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam
12 tengah hari.
|