|

Berdiri dari kiri ke
kanan:
En Kua Ken Seng (Naib Yang DiPertua PIBG),
En. Lee Swee Hong (Timbalan Pengerusi Lembaga
Pengurus), En Tan Teck Sing (Pengerusi
Lembaga Pengurus SMJK Yu Hua), YB Dato' Seri Ong
Ka Ting (Presiden MCA), Datin Seri Wendy Ong,
YB Datin Paduka Low Lee Leng (ADUN Kajang),
En Chan Kai Choon (Pengetua SMJK Yu Hua Kajang)
Pada
30/12/2007 (Hari Ahad), Presiden MCA, Dato' Seri Ong
Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
telah membuat lawatan tidak rasmi ke SMJK Yu Hua
Kajang. Beliau yang diiringi oleh isterinya, Datin
Seri Wendy Ong telah berkenan untuk berjumpa dengan
Pengetua sekolah bersama-sama Lembaga Pengurus
sekolah, PIBG dan barisan pentadbir sekolah untuk menyampaikan suatu
peruntukan khas dari Jabatan Perdana Menteri kepada
sekolah ini.
Sekolah telah
di peruntukan RM 300,000 daripada Jabatan Perdana
Menteri, melalui Presiden MCA YB Dato Seri Ong Ka
Ting serta ADUN Kajang, YB Datin Paduka Low
Lee Leng. Peruntukan sebesar ini merupakan
peruntukan khas pertama dibuat dalam sejarah SMJK Yu
Hua Kajang. Pihak sekolah amat berbangga dan
berterima kasih diatas peruntukan khas yang di buat
oleh Jabatan Perdana Menteri.
Pihak sekolah
sangat-sangat mengharapkan peruntukan seperti ini
untuk menjayakan beberapa program pembangunan
yang dirancangkan untuk tahun 2008. Wang
sebanyak RM 200,000 sudah pun diterima oleh sekolah
pada 31-12-2007. Baki RM 100,000 dijangka akan diterima
tidak lama lagi
http://www.mca.org.my/ENGLISH/Pages/default.aspx
|