|
Majlis
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan telah
diadakan di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri
Sembilan dari 12 Nov hingga 14 Nov. 2007. Majlis
ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran
YB. Dato Haji Noh Bin Omar.
SMJK Yu Hua yang telah memenangi
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Selangor
dan telah dicalonkan sebagai wakil negeri untuk
anugerah peringkat kebangsaan ini. Sekolah ini
dicalonkan untuk dua kategori iaitu Pasukan
Cemerlang Kokurikulum ( Kelab dan Pasukan Sekolah
Menengah ) dan Kategori Sekolah Cemerlang
Kokurikulum.
Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan adalah
kali kedua seumpananya dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Anugerah diberikan kepada
semua peringkat yang terlibat dalam melaksanakan
bidang kokurikulum. Ini adalah pengiktirafan
tertinggi yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia kepada individu, kumpulan sama ada di
sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran
Negeri mahu pun di Kementerian Pelajaran sendiri.
Anugerah ini juga menjadi pendorong kepada yang
terlibat dalam aktiviti kokurikulum di semua
peringkat akan bergiat lebih aktif lagi dalam
memajukan bidang kokurikulum ini. Kementerian
Pelajaran Malaysia berharap dengan adanya Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum ini akan memperkasakan
bidang kokurikulum.
SMJK
Yu Hua yang mewakili negeri Selangor telah
dinobatkan sebagai Johan Kategori Sekolah
Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan bagi
tahun 2007. Sebagai juara, sekolah telah
menerima Sijil Pencapaian , piala dan wang insentif
sebanyak RM2500. Manakala Pasukan Harmonika SMJK Yu
Hua terpilih sebagai antara lima pasukan terbaik
bagi Anugerah Pasukan Cemerlang (Kelab/Persatuan ).
Pencapaian dan
penyertaan SMJK Yu Hua amat cemerlang sejak tahun
2002. Sekolah ini amat terkenal kerana
pencapaiannya dalam beberapa aktiviti kokurikulum. |