26-Aug-2006                                                                                                                                                                                                         SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

 

Home

Kokurikulum

 

 

Recreation Club

 

News & Events

 

Links

About Us

 

 

  D05: Kelab Rekreasi

NICK CHEONG'S MINI-CONCERT 2005

 

Looking for the cool pictures from the event? You've came to the right place. Click here.

 

 

Report In Malay Language

AJK-AJK Mini-Konsert telah melaporkan diri di dewan pada 8 pagi. Persediaan dijalankan serta merta dengan menyusun kerusi di dalam dewan dan membersihkan dewan diikuti dengan mesyuarat untuk memastikan setiap persediaan dijalankan dengan sempurna. Penonton dibenarkan memasuki dewan pada 9.20 pagi. Walau bagaimanapun, Penonton telah membanjiri lobi sekolah sebelum masa tersebut. Juga terdapat orang yang membeli tiket Mini-Konsert dan cakera padat Nick Cheung pada hari tersebut.

 

            Pada 9.30 pagi, Nick Cheung telah sampai ke halaman sekolah kita diiringi oleh pengurusnya. Beliau dijemput untuk singgah di bilik perpustakaan untuk membuat persediaan. Persembahannya bermula pada 9.40 pagi dan disambut hangat oleh para penonton. Terdapat penonton yang tidak menanti-nanti untuk mengambil photo Nick dan Kadet Polis terpaksa menjemput mereka balik ke tempat duduk mereka. Nick telah mempersembahkan 3 buah lagu pada mulanya. Seterusnya, beliau menjemput penonton untuk satu permainan berhadiah. Tiga penonton yang bertuah telah dijemput dan diberi hadiah dari Nick. Selepas itu, Nick telah mempersembahkan lagi 2 lagu untuk menamatkan Mini-Konsert ini dan penonton boleh memdapatkan tandatangan Nick dengan setiap pembelian cakera padat Nick. Mini-Konsert tamat pada 10.40 pagi.

 

             Nick dijemput bersinggah di bilik perpustakaan semula dan bergambar dengan AJK-AJK. Selepas itu Nick beredar dari bilik tetapi masih banyak terdapat peminatnya yang ingin bergambar dengannya. Akhirnya Nick beredar pada 11 pagi. AJK-AJK mengemas dewan dan pengerusi kami, Leong Fook Lim ‘mengistiharkan’ bahawa Mini-Konsert ini dijalankan dengan BERJAYA!

 

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Email: webmaster@yuhua.edu.my