| 20-Feb-2009 SMJK Yu Hua Official Web Portal |
|
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti Kebajikan: Sebagai Sukarelawan di Special Olimpics Selangor ke-3
Pada hari Sabtu , 1 November 2008 , Persatuan Pengawas Sukan , Majlis Tingkatan 6 dan Kelab Interact SMJK Yu Hua, Kajang telah mengadakan Aktivit Kebajikan dengan bertugas sebagai sukarelawan untuk Special Olimpics Selangor ke-3 di UNITEN . Aktiviti ini berlangsung dari pukul 7.00 pagi hingga 2.00 petang dan disertai oleh 40 orang pelajar termasuk Pn Sang Fay Lee sebagai guru pengiring special Olympics adalah khas untuk peserta yang mempunyai IQ di bawah 80.
Objectif kursus ini merangkumi : 1. Menanam perasaan kasih sayang dan simpati terhadap golongan kurang berupaya. 2. Memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara ahli 3. Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih. 4. Memberi kegembiraan kepada golongan rendah IQ.
Pada pukul 6.30 pagi , pelajar telah berkumpul di sekolah untuk bertolak ke UNITEN .Selepas kedatangan diambil , semua pelajar diatur untuk menaiki bas.Bas mula bertolak ke UNITEN pada 7.00 pagi .
Sesampainya di sana , pihak penganjur mengalu-alukan kedatangan kami dengan tangan terbuka. Ahli – ahli diarahkan untuk berkumpul di bawah khemah yang telah disediakan untuk diberi taklimat tentang jadual kerja masing – masing. Selepas sarapan pagi diagihkan kepada ahli-ahli , majlis perasmian pun dimulakan.
Majlis perasmian dimulakan dengan perarakan para peserta ke padang. Diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku .Salah seorang wakil daripada para peserta dipilih untuk mengetuai bacaan ikrar . Selepas upacara menaikan bendera , tiga orang peserta yang telah mewakili Malaysia ke Special Olympics ke Shang Hai telah melakukan larian obor. Pengerusi sukan special Olympics Selangor ke-3 merasmikan majlis tersebut.
Setelah acara sukan dimulakan , ahli-ahli pun mula menjalankan tugas masing-masing sebagai sukarelawan. Antara tugas-tugas yang diberi termasuklah membawa para peserta dari astaka ke atas padang , memberi sokongan moral kepada para peserta , menjalankan kerja pengukuran untuk acara padang , merekod keputusan dan menyerahkannya kepada para pengadil . Acara-acara dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu : acara padang dan balapan . Acara padang meliputi lompat jauh dan lompat jauh berdiri serta softball . Manakala balapan pula merangkumi 50m berjalan , 100m dan 200m lari pecut , dan 4 x 100m .Senarai tugas adalah seperti berikut :
Base : Lau Wei Jen
Parking : Lee Sze Hong , Loo Kang Kwang
Timing : Foo Yuen Wah , Chen Fez Shin , Wee Yen Lee , Wong Shu Wan , Teo Li Young, Chua Su Yee , Fan Yee Van, Tan Zinc Yun.
Finishing : Yap Jia Yi, Leong Chen Onn, Tham Kar Yan , Tung Pui Wan, Yong Xiou Shuang, Low Weng Harng, Rachel Chong Huimin, Yong Meng Kuen.
Prizing : Lee Bee Fang, John Eric Yeo, Kow Koon Kee, Kwa Schee Li, Yvonne Ko, Teen May Yen, Lai Wen Hui.
Starting : Ang Chee Keong, Liew Kok Fei.
Softball : Chew Chun Hwang, Lim Mei Yuann, Ng Wen Lee.
Long Jump : Shze See Hun, Ang Sheau Ying.
Recorder : Ong Kai Ning, Chen Shi Ying.
Runner : Chong Wei Bing, Tan Xiang Wei.
Selepas berakhirnya acara lari berganti-ganti 4x100m , tibalah masa untuk makan tengah hari . Beberapa orang ahli ditugaskan untuk mengambil makanan daripada pihak penganjur .Selepas makan , ahli jawatan kuasa memastikan tiada sampah yang bertaburan dan bungkusan dibuangkan ke dalam tong sampah.
Kira-kira pukul 2.00 petang , ahli-ahli pun bersedia untuk pulang ke sekolah . Sebelum bas bertolak , salah seorang ahli jawatan kuasa sukan Special Olympics Selangor ke-3 mengucapkan ribuan terima kasih atas segala bantuan yang telah kami hulurkan sepanjang aktiviti pada pagi tersebut.
Banyak pengalaman yang kami terima kerana berpeluang mengenali golongan atlet-atlet yang istimewa ini . Segala penat lelah kami adalah berbaloi . Kami sangat gembira kerana berupaya menyumbangkan tenaga dan perkhimatan kami kepada mereka .
Terima kasih kepada Pn Sang Fay Lee kerana pengorbanan beliau dalam menjayakan tugasan ini dan mendedahkan kami kepada golongan ini . Kami berjanji akan berusaha membaiki hidup kami dan tidak merungut kerana hidup kami jauh lebih baik daripada mereka yang kekurangan ini . Semoga Tuhan merahmati golongan istimewa ini .
Photo Gallery, click here.
|
|
|
Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia Email: webmaster@yuhua.edu.my |