| 03-Apr-2009 SMJK Yu Hua Official Web Portal |
|
|
|
|
|
|
|
| Pada hari Ahad, 24 Ogos 2008, Persatuan Pengawas Sukan SMJK Yu Hua, Kajang telah mengadakan Kursus Kem Kesukanan kepada ahli-ahli persatuan Pengawas Sukan. Kursus ini diadakan di Hutan Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Kursus ini disertai oleh 37 orang pelajar termasuk dua orang guru pengiring, Puan Sang Fay Lee dan Encik Chiew Kiang Keng. Antara objektif bagi kursus ini merangkumi:- (a) -> Melatih kemahiran kesukanan kepada ahli pengawas sukan (b) -> Memupuk semangat kerjasama antara ahli (c) -> Membentuk sahsiah ahli pengawas sukan (d) -> Menghayati keindahan alam sekitar Pada pukul 7.00 pagi, pelajar telah berkumpul di sekolah untuk bertolak ke Sungai Congkak. Selepas kedatangan diambil, para pelajar diatur supaya menaiki ke bas. Ahli jawatankuasa pula bersiap sedia dengan alatan yang diperlukan seperti buku nota yang disediakan dan alat pembesar suara. Roti jagung dan air mineral juga dibawa ke dalam bus dengan bantuan ahli supaya diagihkan kepada setiap ahli dan cikgu. Selepas semua perkara diselesaikan, bus mula bertolak ke Sungai Congkak dengan mengambil masa lebih kurang 50 minit. Pada pukul 8.15 pagi,kami telah sampai di destinasi kami dengan perasaan yang gembira. Setiap peserta berpeluang mendekati alam semula jadi yang begitu nyaman udaranya dan segar pada waktu pagi. Puan Sang selaku guru pengiring telah bertemu dengan pengawai di situ untuk mengisi borang untuk menyewa satu tapak perkhemahan dan menjelaskan bayaran masuk ke hutan rekreasi tersebut. Kami mendapat tapak 3 yang paling mendekati dengan pintu masuk. Keadaan tapak ini juga amat sesuai untuk menjalankan kursus yang disediakan dan keselamatan lebih terkawal. Pelajar berjalan kaki ke tapak dengan semangat yang tinggi untuk menghadiri kursus dan menyertai aktiviti riadah selepas kursus supaya mereka dapat membebaskan tekanan yang dihadapi. Setibanya di tapak, peserta meletakkan barangan mereka di satu sudut dan bersiap sedia untuk menghadiri kursus yang pertama. Kursus itu merupakan acara padang termasuk rejam lembing, lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, lontar peluru dan lompat kijang. Kursus ini dijalankan oleh Puan Sang selaku guru penasihat kepada persatuan Pengawas Sukan. Beliau memberi penerangan yang begitu teliti supaya ahli Pengawas Sukan lebih mengenali tugas mereka pada tahun depan yang meliputi sukan tahunan sekolah. Peserta juga lebih memahami bagaimana caranya untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih efisien dan mengurangkan masalah yang sering berlaku. Selepas satu jam, peserta diberi masa untuk berehat sebentar supaya mempunyai tenaga untuk meneruskan kursus yang kedua. Kursus yang seterusnya dipimpin oleh saudara Dinish yang berpengalaman dalam hal pengurusan pertandingan bola keranjang peringkat daerah Hulu Langat dan merentas desa peringkat sekolah. Skop ini juga bawah tugasan ahli pengawas sukan yang akan bertugas pada awal tahun depan. Saudara Dinish telah mendedahkan perkara yang patut diberi perhatian dan mengingatkan peserta supaya menjalankan tugas dengan lebih dedikasi supaya perjalanan aktiviti untuk dua acara tersebut berjalan dengan lancar. Selepas satu jam, saudara Lee Sze Hong meneruskan kursus yang berkaitan dengan peraturan dan tugas-tugas ahli Pengawas Sukan. Saudara Lee yang selaku pengerusi persatuan ini menyampaikan amanat saudara kepada ahli supaya mereka menjadi lebih berdisiplin dan menjalankan tugas harian mereka dengan lebih tekun. Saudara Lee juga mengingatkan peserta bahawa tindakan yang sewajar akan diambil sekiranya mereka melanggar peraturan persatuan serta peraturan sekolah. Diharapkan semua peserta mengambil iktibar setelah menghadiri kursus ini dan sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai aspek sahsiah diri yang murni. Pada pukul 11.45 pagi, makanan telah sampai ke tapak kami. Peserta mengambil makanan masing-masing dan mencari tempat duduk untuk menjamu selera selepas kursus dan aktiviti yang dijalankan sepanjang pagi tadi. Setiap peserta makan dengan gembira dan cepat kerana berasa lapar. Nasi ayam yang disediakan memang sedap rasanya kerana daging ayam masih berasa hangat semasa dimakan. Sup yang disediakan dicampur dengan nasi menjadi lebih sedap dan berbau wangi. Selepas makan, bungkusan nasi dikumpulkan di dalam bag plastik dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Ahli jawatankuasa memastikan tiada sampah yang bertaburan di sekitar tapak supaya alam sekitar tidak dicemarkan begitu sahaja. Pada pukul 2.00 petang, selepas makan tengah hari dan bersihkan diri di tandas, aktiviti yang berikutnya adalah mengumpul daun-daun tumbuhan. Saudara Yong Meng Kuen membahagikan peserta kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai empat hingga lima orang. Masa yang diperuntukkan ialah satu jam. Dalam tempoh masa ini, peserta dikehendaki mengumpul sebanyak mungkin daun-daun dalam keadaan sempurna dan berupaya mengenali spesies daun yang dikumpulkan. Selain itu, peserta dilarang merosakkan tumbuhan yang terdapat di hutan rekreasi. Setelah taklimat yang ringkas diberikan, peserta mula dengan mengumpulkan daun-daun dalam kumpulan masing-masing. Pada pukul 3.00 petang, aktiviti tersebut ditamatkan dan peserta diberi masa untuk berehat. Dalam proses mengumpulkan daun-daun, peserta berpeluang melihat pelbagai jenis tumbuhan yang tidak pernah mereka lihat di kawasan bandar. Puan Sang juga mengambil peluang untuk menerangkan maklumat kepada peserta dengan pengetahuan Biologi. Peserta juga berasa seronok kerana mereka dapat mempelajari pengetahuan dengan cara yang aktif dan mereka berpeluang mendapat pengalaman di luar kelas. Pengalaman sedemikian akan memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan sahsiah peserta. Pada pukul 3.15 petang, kami menjalankan aktiviti menangkap spesies serangga yang masih hidup. Peserta menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang diagihkan pada pagi tadi. Masa yang diperuntukkan ialah satu jam lima belas minit. Dalam tempoh masa ini, peserta dikehendaki mengumpul sebanyak mungkin serangga yang dalam keadaan sempurna dan berupaya mengenali spesies serangga yang dikumpulkan. Taklimat juga diberi dan peringatan kepada semua peserta supaya menjaga keselamatan sendiri di samping menangkap serangga. Pada pukul 4.15 petang, aktiviti tersebut ditamatkan dan peserta diberi masa untuk berehat. Dalam proses mengumpulkan serangga, peserta berpeluang melihat pelbagai jenis serangga yang tidak pernah mereka lihat di kawasan bandar. Aktiviti ini membuka minda kepada semua peserta supaya mereka tidak hanya belajar di dalam kelas tetapi juga belajar melalui aktiviti sebegini. Walaupun terdapat pelajar digigit oleh pacat, namun mereka tidak takut malah meneruskan aktiviti mereka tanpa mengadu kesakitan. Semangat mereka amat dihargai dan mereka belajar menjadi lebih tabah apabila menghadapi cabaran. Pengalaman sedemikian akan memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan sahsiah peserta. Selepas semua aktiviti diselesaikan, kami telah mengadakan majlis penutup dengan ucapan penutup daripada Puan Sang dan penyampaian hadiah kepada pemenang dalam pertandingan yang dijalankan. Permarkahan diberi kepada setiap kumpulan dengan mengira jumlah spesies daun dan serangga yang berjaya dikumpul. Puan Sang mengucapkan taniah kepada semua peserta yang hadir ke kursus yang bermanfaat ini. Beliau berkata bahawa peserta dapat mengetahui kedudukan mereka sebagai ahli Pengawas Sukan dengan lebih lanjut dan mereka juga berpeluang menjalankan aktiviti yang seronok. Selain itu, hubungan antara ahli dapat dieratkan kerana mereka lebih memahami antara satu sama lain melalui interaksi pada sepanjang hari. Tuhan amat menyayangi kami kerana hujan turun selepas tamat semua aktiviti itu. Kami terpaksa berhimpit untuk berteduh di bawah pondok sementara menunggu bas tiba. Kursus Kem Kesukanan ini dikatakan tamat dengan sempurna dan berjaya dilaksanakan selepas upacara penyampaian hadiah. Saya berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan mereka sendiri dengan pengalaman yang dialami dan kursus yang diberi kepada mereka. Akhirnya, saya beriltizam untuk memajukan Persatuan Pengawas Sukan di sekolah ini pada masa yang kelak. Sekian, terima kasih.
Kami dalam perjalanan ke Sungai Congkak dalam bas yang selesa.
Perasaan yang gembira dan tidak sabar-sabar ketika berjalan ke tapak kami.
Puan Sang sedang memberi kursus acara padang kepada peserta.
Peserta member perhatian ketika kursus diadakan.
Peserta berinteraksi semasa menjalankan aktiviti mengumpul daun-daun.
Peserta memetik daun dengan teliti supaya tidak merosakkan tumbuhan yang berkenaan.
Semangat kerjasama amat penting dalam menjayakan sesuatu kerja/projek.
Peserta yang begitu kreatif menghasilkan “net” yang menggunakan batang pokok dan plastik.
Peserta bertolak ke destinasi untuk menangkap serangga.
“Yahoo! Kami telah berjaya menangkap rama-rama.” Syabas! Teruskan usaha!
“Satu…Dua…Tiga…Alamak! Tak sempat nak tangkap! Aiyo” Teruskan usaha! Jangan putus asa.
Taniah dan Syabas kepada setiap kumpulan.. Anda semua pasti akan berjaya pada masa kelak nanti.
|
|
|
Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia Email: webmaster@yuhua.edu.my |