25-Sep-2007                                                                                                                                                  SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

 

 

Home

News & Events

 

 

 

 

 

 

  Interchange Meeting 2007
 

 Aktiviti Interaksi Antara Kelab Wushu

            Pada penggal cuti sekolah, Kelab Wushu SMJK Yu Hua telah mengadakan satu aktiviti interaksi antara Kelab Wushu pada 2 Jun 2007, di dewan sekolah. Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk mengembangkan budaya ini agar dapat diwarisi secara turun-temurun oleh generasi yang akan datang selain berinteraksi dengan pelajar-pelajar Wushu di sekolah lain.

            Minggu-minggu lepas sebelum persembahan, ahli-ahli yang terlibat dalam persembahan telah berlatih dengan bersungguh-sungguh. Senior kami telah memikirkan pelbagai cara untuk menjadikan persembahan kami lebih menarik serta membahagikan tugas kepada ahli-ahli yang tidak terlibat dalam persembahan. Kami juga berasa bangga kerana beberapa senior kelab kami yang telah menamatkan pelajaran di sekolah kita turut datang untuk membantu kami.

2 Jun tiba dalam sekelip mata. Pada kira-kira 6 pagi, AJK-AJK Kelab Wushu, tanpa mengira AJK pusat ataupun AJK kecil, termasuk juga ahli-ahli biasa yang datang untuk meyusun kerusi-kerusi di dalam dewan. Kerja ini disiapkan dalam kira-kira 15 minit. Selepas itu, ahli-ahli yang terlibat dalam persembahan membuat persiapan terakhir sebelum ahli-ahli sekolah lain tiba ke sekolah kita.

Pada pukul 8.30 pagi, ahli-ahli Kelab Wushu sekolah lain berturut-turut mendaftarkan diri. Tetamu khas dan para guru dijemput masuk dan diiringi oleh Tarian Singa 15 minit kemudian. Seterusnya, persatuan Tarian Singa membuat persembahan yang menarik. Guru penasihat Kelab Wushu, Encik Lee Song Chong, dan pengajar wushu, Encik Wong, dijemput untuk memberi ucapan. Selepas itu, majlis perasmian dimulakan dengan persembahan pasukan gendang 24 dan majlis teh yang disediakan oleh persatuan Bahasa Cina.

Selepas persembahan-persembahan tersebut di atas, bermula pula persembahan yang dibawa oleh kelab-kelab wushu daripada pelbagai sekolah, termasuklah sekolah kita. Sekolah-sekolah yang dijemput ialah SMK Connaught, SMK Confucian, Sekolah Swasta Confucian dan Institusi Chang Choy Wong. Semua sekolah membuat persembahan dengan penuh bersemangat. Pengajar wushu sekolah kita, iaitu Encik Wong, turut memberikan persembahan beliau yang terbaik.

Selepas menyaksikan persembahan-persembahan yang dibawa oleh semua sekolah, aktiviti berinteraksi antara sekolah dimulakan. Pelajar-pelajar saling memperkenalkan diri. Kami juga telah menyediakan beberapa aktiviti yang seronok kepada mereka untuk menjalinkan hubungan mesra antara sekolah. Di samping itu, ahli-ahli dapat berkenal dengan kawan baru dan berkongsi pengalaman dalam persembahan.

Aktiviti ini ditamatkan dengan upacara penyampaian cenderahati. Pemangku Guru Besar sekolah kita, Puan Chang, telah dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada wakil dari sekolah-sekolah lain. Encik Wong turut menerima sebuah cenderahati. Selepas upacara penyampaian cenderahati, peserta-peserta aktiviti dijemput ke kantin untuk menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh ahli-ahli Kelab Wushu sekolah kita. Setelah itu, peserta-peserta dari sekolah lain pun meninggalkan sekolah kita. Maka aktiviti ini dijalankan dengan berjaya.

            Kami berharap aktiviti berinteraksi ini dapat diadakan pada masa akan datang kerana aktiviti seperti ini banyak memberi kebaikan kepada kita. Selain meningkatkan imej sekolah kita, ahli-ahli kelab kami juga akan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab kami dengan aktif.

Click Here For Gallery 1

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Email: webmaster@yuhua.edu.my