|
Peraturan Sekolah bertujuan untuk
membina pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, adil, rasional dan
bertimbang rasa. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang
harmonis dan teratur di samping menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Lembaga Disiplin sekolah akan meminda dan menambah
peraturan dari semasa ke semasa apabila timbul keperluan. Pindaan dan
tambahan ini akan diumumkan dan dikuatkuasakan. Adalah menjadi
tanggungjawab setiap pelajar untuk mengetahui dan mematuhi Peraturan
Sekolah. Pihak sekolah berhak mengenakan tindakan tatatertib terhadap
sebarang pelanggaran Peraturan Sekolah.
A.
MASA SEKOLAH
|
1. |
Sidang Pagi |
|
|
Isnin hingga Khamis |
7.25 pagi hingga 1.10 atau
1.45 petang |
|
|
Jumaat |
7.25 pagi hingga 12.35 atau
1.10 petang |
|
2. |
Sidang Petang |
|
|
Isnin hingga Khamis |
1.10 petang hingga 6.45
petang |
|
|
Jumaat |
1.45 pagi hingga 6.45 petang |
3. Sebelum
Masa Sekolah, pelajar mesti bersedia untuk perhimpunan harian. Pelajar
sidang pagi beratur mengikut kelas masing-masing di gelanggang bola
keranjang / dewan pada jam 7.20 pagi. Pelajar sidang petang beratur di
dewan sekolah sepuluh minit sebelum masa sekolah.
4. Pelajar yang datang lewat dikehendaki melaporkan diri kepada
pengawas bertugas atau Guru Disiplin untuk mendapatkan surat izin
masuk kelas. Tanpa surat ini, pelajar yang lewat tidak dibenarkan masuk
ke dalam kelas. Surat izin ini ditunjukkan kepada guru yang sedang
mengajar kemudian difailkan oleh Ketua Tingkatan.
B. KETIDAKHADIRAN
PELAJAR
1. Semua
pelajar mesti hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan kecuali
dengan kebenaran bertulis daripada pengetua.
2. Pelajar
yang tidak hadir kerana sakit, mesti menyerahkan surat doktor atau surat
keterangan cuti sakit daripada ibu bapa atau penjaga dengan segera.
Surat daripada ibu bapa atau penjaga mesti menggunakan kertas surat dan
sampul surat yang sesuai. Kertas buku latihan tidak akan dilayan.
3. Pelajar
yang memberi surat doktor yang palsu atau memalsukan tandatangan ibu
bapa atau penjaga akan dikenakan tindakan tatatertib.
4. Pelajar
yang tidak hadir tanpa sebab dianggap ponteng dan boleh dikenakan
tindakan tatatertib termasuk buang sekolah.
5. Pelajar
wajib memberi nombor telefon rumah dan pejabat ibu bapa atau penjaga
kepada Guru Tingkatan pada minggu pertama persekolahan. Jika tiada
nombor telefon saudara atau jiran mesti diberi untuk perhubungan ketika
berlaku kecemasan.
6. Pelajar
mesti memberitahu Guru Tingkatan sebarang pertukaran alamat
surat-menyurat dan nombor telefon dengan segera.
More ...... |