08 May, 2005                                                                                                                                                SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

Menu Peraturan Sekolah

 

Masa & Ketidakhadiran

Pakaian

Kekemasan Diri

Perhimpunan & Kelas

Waktu Rehat & GKK

Tatatertib Pergaulan

Kemudahan Sekolah

Kesalahan Berat

Barangan Larangan

Program Penalti (PSP)

Tindakan Disiplin PSP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Guest Book

Feedback Form

 

 

YU HUA SECONDARY SCHOOL

        SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN YU HUA KAJANG

        Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor

   Peraturan Sekolah (Rules & Regulations)

C.      PAKAIAN DI SEKOLAH

 

1.            Pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa di dalam kawasan sekolah , mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.

2.            Baju-T sekolah boleh dipakai untuk menjalani aktiviti kokurikulum pada luar waktu sekolah seperti bergotong-royong, permainan dan aktiviti seumpamanya.

3.            Pelajar wajib sentiasa berpakaian sopan, tertib, bersih dan beradap di sekolah, termasuk ketika menghadiri kelas tambahan, konsert atau berurusan di sekolah.

 

BAJU

 

            1.          Kemeja putih berlengan pendek, tidak berlipat.

2.            Kemeja berlengan panjang tidak dilipat (hanya untuk pelajar Tingkatan        

3.          Enam, Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Kadet Polis)

4.          Saiz baju mesti bersesuaian.

5.            Leher baju yang terlalu kecil atau berfesyen poket yang luar biasa (fancy) dilarang.

6.          Bahagian belakang baju yang tidak berfeseyen.

7.            Pelajar beragama Islam dibenarkan memakai baju berlengan  panjang tanpa berlipat pada hari Jumaat sahaja.

8.            Pelajar mesti mengancing butang dan hujung baju mesti dimasukkan ke  dalam seluar denga kemas sama ada di dalam atau di luar sekolah.

                  

 

9.                 Baju-T sekolah atau baju-T serba putih tanpa sebarang corak dan logo boleh dipakai untuk kegiatan luar kelas.

 

 

SELUAR PANJANG LELAKI

 

      1. Pelajar lelaki dari tingkatan peralihan hingga tingktan dua memakai seluar pendek berwarna hijau tua (Olive Green). Pelajar lelaki dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima memakai seluar panjang berwarna hijau tua. Pelajar lelaki tingkatan enam memakai seluar panjang berwarna putih. Seluar dipakai dengan betul, tidak tergantung pada pinggul dan jika terlalu longgar, hendaklah dipakai tali pinggang.

  1. Seluar potongan jeans dan seluar berfesyen dilarang.

  2. Potongan seluar tidak boleh berfesyen, umpamanya berbentuk terlalu lebar.

  3. Panjang seluar mesti bersesuaian. Had seluar panjang mesti sekurang-kurangnya menyentuh mulut kasut.

  4. Hujung kaki seluar mesti dijahit kemas berlipat dan tidak berzip.

 

 

TALI PINGGANG

 

  1. Warna tunggal sama ada warna perang atau hitam tanpa corak.

  2. Lebar tali pinggang antara dua hingga tiga cm. Kepala tali pinggang (buckle) yang besar dan beraneka bentuk tidak dibenarkan.

 

PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN

 

 1.     Pinafore empat kerat berwarna biru muda dengan potongan skirt yang tidak kembang. Sila rujuk Rajah 3

2.    Panjang skirt mesti menutupi lutut.

 

LENCANA DAN  TAG NAMA

 1.   Semua pelajar mesti memakai lencana sekolah. Lencana ini dijahitkan pada sebelah kiri pinafore / atas poket baju. Sila rujuk Rjah 1 dan 3 untuk kedudukan yang betul.

  1. Semua pelajar sidang pagi memakai lencana kecil di penjuru kanan kolar baju.

  2. Pelajar memakai tag nama pada sebelah kiri pinafore atau baju di bawah lencana sekolah. Sila rujuk Rajah 1 dan 2 untuk kedudukan yang betul.

  3. Lencana persatuan / kelab / sukan yang diluluskan hanya boleh dipakai pada waktu perjumpaan masing-masing kecuali telah mendapat kebenaran Pengetua.

  4. Kerosakan tag nama mesti dilaporkan kepada Guru Tingkatan / Ketua Tingkatan. Tag nama baru dapat dibeli melalui Lembaga Pengawas Sekolah.

  5. Tag nama sementara mesti dipakai oleh pelajar yang kehilangan / belum mendapat tag namanya sehingga tag nama baru dibekalkan.

  6. Pelajar-pelajar dilarang :-

(a)              memakai tag nama pelajar lain,

(b)              menconteng / merosakkan tag nama, dan

(c)              mengubah huruf dan angka pada tag nama.

 

 

TALI LEHER

 

  1. Tali leher sekolah diberi kepada Pengawas Pusat Sumber, Kadet Polis, Ketua Tingkatan dan Pembimbing Rakan Sebaya (Kumpulan Perkhidmatan)

  2. Tali leher mesti dipakai dengan kemas bersama pakaian seragam kecuali pada waktu menjalani Pendidikan Jasmani, dan pelajaran amali di Makmal Sains.

 

 

KASUT

 

  1. Kasut kanvas berwarna serba putih sahaja dibenarkan.

  2. Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Kadet Polis dan pelajar Tingkatan Enam memakai kasut berjenama, bertumit tinggi dan berfensyen tidak dibenarkan. Bentuk lain yang tidak sesuai akan diberitahu dari semasa ke semasa.

  3. Kasut dipakai dengan betul, tidak berlipat di tumit dan tali kasut diikat kemas.

 

 

SARUNG KAKI

 

1.       Berwarna putih tanpa sebarang corak.

2.       Jalur berwarna-warni / jenama tidak dibenarkan.

3.       Mesti melebihi buku lali setinggi 5 cm.

4.       Stokin wanita dan lelaki tidak dibenarkan.

 

 

PAKAIAN UNTUK PENDIDIKAN JASMANI

 

1.       Baju-T sekolah atau baju-T serba putih.

2.       Seluar pendek berwarna biru tua.

3.       Hujung baju-T mesti dimasukkan ke dalam seluar.

4.       Seluar ketat dan seluar yang terlalu longgar tidak dibenarkan.

5.       Pelajar perempuan yang beragama Islam boleh memakai seluar panjang berwarna biru tua , tanpa corak.

 

PAKAIAN UNTUK GERAK KERJA KOKURIKULUM

 

1.      Pakaian seragam sekolah.

2.      Baju-T sekolah / persatuan / pasukan / kelab / sukan yang telah diluluskan.

3.      Seluar pendek / panjang yang berwarna biru / hitam / putih tanpa corak dengan potongan yang sesuai.

4.      Pelajar perempuan boleh memakai skirt yang berwarna biru / hitam / putih meliputi lutut, tidak bercorak dan potongannya sesuai.

5.      Seluar ketat dan jeans tidak dibenarkan.

6.      Hujung baju mesti diselitkan ke dalam seluar / skirt.

7.      Kasut kanvas / sukan. Kasut berfesyen atau selipar dilarang.

 

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia