D. KEKEMASAN DIRI
1.
Pelajar
mesti menjaga kekemasan diri pada sepanjang masa sama ada semasa di
dalam kawasan sekolah, mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah
di luar sekolah. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.
2.
Pelajar dilarang
memakai hiasan yang tidak dibenarkan.
RAMBUT
SEMUA
PELAJAR
1.
Rambut tidak boleh
dikerinting atau diwarnakan / celup.
2.
Rambut berfesyen
tidak dibenarkan. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan `ekor rambut’.
3.
Rambut yang
berjuntai ke hadapan di dahi tidak melebihi paras kening.
PELAJAR
LELAKI
1.
Pelajar lelaki
mesti berambut pendek.
2.
Pelajar lelaki
tidak dibenarkan menyimpan misai dan janggut.
3.
Semua pelajar
lelaki yang mendaftar untuk Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu mulai
tahun 1998 diwajibkan memotong rambut gaya crew cut sehingga
tamat persekolahan di sekolah ini.
PELAJAR
PEREMPUAN
1.
Rambut panjang
mesti diikat mengikut panduan berikut :-
(a)
Hanya menggunakan
reben atau tali getah berwarna putih atau hitam sahaja tanpa corak.
Hiasan lain tidak dibenarkan.
(b)
Klip besi biasa
yang kecil dan berwarna hitam.
(c)
Lebar reben antara
satu hingga tiga cm.
2.
Pelajar perempuan
tidak dibenarkan berfesyen rambut seperti lelaki.
KUKU
1.
Mesti sentiasa
pendek dan bersih.
2.
Pelajar dilarang
mewarnakan atau menginai kuku / jari / tapak tangan.
BARANG KEMAS / HIASAN
1.
Semua pelajar
dilarang memakai atau membawa pendant, gelang, rantai, cincin, rantai
kaki dan barang-barang kemas lain.
2.
Pelajar lelaki
tidak dibenarkan memakai subang dan anting-anting.
3.
Pelajar perempuan
hanya dibenarkan memakai sepasang subang berbentuk kecil, tidak
berfesyen dan tidak ditahtakan sebarang jenis batu. Jika berbentuk
cincin, diamternya tidak boleh melebihi 1.2 cm.
4.
Pelajar tidak
dibenarkan memakai jam tangan yang terlalu besar atau berfesyen
keterlaluan.
5.
Pelajar dilarang
memakai tatu atau jenis corak lain dengan pelekat dan seumpamanya pada
mana-mana bahagian tubuh badan.
6.
Barang hiasan
untuk beg seperti `soft toys’ loceng dan sebagainya tidak dibenarkan
dibawa ke sekolah.
More.... |