|
E. PERATURAN SEMASA
PERHIMPUNAN
1.
Pelajar mesti
beratur dengan segera mengikut kelas masing-masing.
2. Semasa
lagu Kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan, pelajar
dikehendaki berdiri tegak dan nyanyi bersama.
3.
Pelajar tidak
boleh bercakap / bising / mengganggu perhimpunan.
4.
Pelajar tidak
boleh keluar atau masuk dari dewan semasa perhimpunan.
5.
Pelajar yang lewat
untuk perhimpunan dikehendaki beratur di lobi dengan senyap.
6.
Pelajar
dikehendaki mematuhi arahan Pengawas semasa pemeriksaan dilakukan.
F. PERATURAN DI DALAM
KELAS / BILIK DARJAH
1.
Selepas diambil
kedatangan di gelanggang bola keranjang / dewan, pelajar beratur dan
kembali ke kelas masing-masing.
2.
Pelajar mesti
berdiri dan mengucapkan selamat kepada guru yang masuk ke kelas.
Sekiranya Pengetua atau guru-guru yang lain datang melawat kelas,
pelajar berbuat demikian juga.
3.
Pelajar sentiasa
membawa buku teks, buku latihan, buku kerja, kerja kursus, alat tulis
yang sesuai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan
pembelajaran.
4.
Pelajar yang tidak
dibenarkan membaca bahan bacaan yang tidak ada kaitan dengan pelajaran.
Pelajar mesti sentiasa bersedia mengikuti pelajaran dan latihan bertulis
yang diberikan oleh guru mesti disiapkan dan dihantar pada masa yang
ditetapkan.
5.
Pelajar mesti
menyoal atau menjawab soalan secara bersopan santun dan menghormati
guru.
6. Jadual
tugas serta pelan duduk di dalam kelas disediakan oleh Ketua Tingkatan
mengikut arahan Guru Tingkatan. Tempat duduk pelajar tidak boleh
ditukar tanpa keizinan Guru Tingkatan.
7.
Pelajar sentiasa
berdisiplin sama ada ketika guru berada di dalam kelas atau tidak.
8.
Pelajar hendaklah
menghormati Ketua Tingkatan dan pelajar lain.
9.
Pelajar hendaklah
sentiasa menjaga kebersihan kelas.
10.
Pelajar hendaklah
menjaga kemudahan di dalam kelas. Ketua Tingkatan atau Pengawal Perabot
bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan harta
benda kelas kepada Guru Tingkatan dengan segera.
11.
Pelajar tidak
dibenarkan makan / minum atau membawa makanan / minuman ke dalam bilik
darjah kecuali bekal untuk waktu rehat. Makanan ringan seperti kuaci,
gula-gula dan kek (harijadi,dll) dilarang.
12.
Buku teks pelajar
dan barang persendirian tidak dibenarkan disimpan di dalam almari kelas.
13.
Pelajar yang ingin
keluar dari kelas untuk sesuatu urusan mesti mendapatkan keizinan
daripada guru dan mendapatkan kad pas daripada guru. Pas dipulangkan
kepada guru sebaik sahaja pelajar kembali ke kelas.
14.
Pelajar hendaklah
keluar dari kelas pada waktu rehat kecuali pelajar yang bertugas
membersihkan kelas.
15.
Di bilik darjah
dan bilik kuliah di Blok Dewan, pelajar tidak dibenarkan dalam kawasan
dua kaki dari tingkap bilik darjah kecuali dengan kebenaran guru.
16.
Pelajar yang tidak
sihat dan perlu berehat di dalam kelas atau di Bilik Rawatan mesti
mendapat surat izin daripada Pengetua atau Penolong Kanan HEM / Penyelia
Petang. Pelajar tidak dibenarkan tidur / `berehat’ semasa guru mengajar.
17. Pelajar
yang ingin balik awal sebab sakit dikehendaki mendapatkan kebenaran
Pengetua atau Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang. Untuk sebab-sebab
lain, ibu bapa atau penjaga dikehendaki datang ke sekolah menyatakan
sebab-sebabnya.
More..... |