08 May, 2005                                                                                                                                                SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

Menu Peraturan Sekolah

 

Masa & Ketidakhadiran

Pakaian

Kekemasan Diri

Perhimpunan & Kelas

Waktu Rehat & GKK

Tatatertib Pergaulan

Kemudahan Sekolah

Kesalahan Berat

Barangan Larangan

Program Penalti (PSP)

Tindakan Disiplin PSP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Guest Book

Feedback Form

 

 

YU HUA SECONDARY SCHOOL

        SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN YU HUA KAJANG

        Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor

   Peraturan Sekolah (Rules & Regulations)

G.   PELAJARAN DI BILIK KHAS / DI LUAR KELAS

 

1.         Pada waktu pelajaran Sains (jika menggunakan Makmal Sains) Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup, Komputer atau Pendidikan Seni, semua pelajar di kehendaki tinggalkan bilik darjah dan menuju ke bilik khas dengan langkah yang cepat dan senyap.

2.         Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam Pusat Sumber, makmal, bengkel, Bilik Komputer, bilik Kuliah atau bilik Pendidikan Seni tanpa kebenaran guru.

3.         Pelajar mesti beratur semasa pergi ke bilik khas atau semasa balik ke bilik darjah sendiri. Pelajar tidak dibenarkan singgah di tandas, kantin, kelas lain atau tempat-tempat lain.

 

 

H.  WAKTU REHAT

 

1.       Pelajar tidak dibenarkan keluar awal untuk waktu rehat kecuali Pengawas, Kadet Polis, Pengawas Pusat Sumber dan pelajar yang mendapat kebenaran.

2.       Pelajar hanya dibenarkan makan di kantin sekolah. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan sekolah.

3.       Hanya minuman yang dibeli dari koperasi sekolah dibenarkan diminum di kawasan sekolah iaitu di depan kedai tersebut pada waktu rehat.

4.       Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat.

5.       Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilk darjah pada waktu rehat kecuali pelajar yang bertugas.

6.       pelajar tidak dibenarkan membeli apa-apa pun daripada penjaja di luar kawasan sekolah.

7.       Pelajar wajib makan dan minum dengan sopan di kantin dan menjaga kebersihan.

8.       Peraturan membeli makanan / minuman dan peraturan selepas makan mesti dipatuhi.

 

 

I.        SELEPAS WAKTU SEKOLAH.

 

1.       Pelajar yang tidak terlibat dalam gerak kerja kokurikulum, bertugas atau tiada urusan sekolah lain hendaklah balik ke rumah selapas waktu persekolahan. Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau di kawasan sekolah atau di tempat lain.

2.       Pelajar yang hendak belajar atau berbincang tentang pelajaran, boleh berbuat demikian di Perpustakaan, kantin atau di tempat duduk yang di sediakan di bawah pokok.

 

 

J.       GERAK KERJA KOKURIKULUM / SUKAN

 

1.       Semua pelajar wajib mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum.

2.       Semua gerak kerja kokurikulum dijalankan di bawah penyeliaan guru penasihat. Pelajar dilarang menjalankan aktiviti kokurikulum di dalam kelas tanpa kebenaran sekolah.

3.       Segala kegiatan persatuan / kelab sekolah yang diadakan di luar sekolah atau pada luar waktu yang ditetapkan, mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah dan ibu bapa terlebih dahulu.

4.       Pelajar mesti mematuhi perlembagaan kelab / persatuan / persatuan yang telah disahkan oleh pihak sekolah.

 

 

 

 

More.....

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia