|
K. TATATERTIB PERGAULAN
1.
Pelajar mesti
sentiasa bersopan santun, berkerjasama dan bertimbang rasa terhadap
guru, staf sokongan sekolah, pelawat sekolah dan pelajar lain. Pelajar
tidak dibenarkan menggunakan bahasa yang kasar dan tidak bersopan.
2.
Pelajar memberi
ucapan selamat jika berjumpa dengan guru, staf sokongan sekolah atau
pelawat sekolah.
3.
Pelajar mesti
memberi kerjasama serta mematuhi arahan Pengawas dan Kadet Polis.
4.
Pelajar hanya
boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin
dalam pertuturan di sekolah. Loghat tidak boleh digunakan di dalam
sekolah.
5.
Segala bentuk
penipuan, perjudian dan peniruan tidak dibenarkan.
6.
Pelajar tidak
dibenarkan memaparkan dan mengedarkan sebarang jenis iklan, promosi,
gambar, pengumuman, notis atau poster tanpa kebenaran pihak sekolah.
7.
Pelajar tidak
boleh menimbulkan hasutan dan perkara yang sensitif yang boleh
mewujudkan suasana tidak harmonis di sekolah.
8.
Pelajar dilarang
berniaga di dalam kawasan sekolah.
9.
Pelajar tidak
boleh menyertai kegiatan kongsi gelap / pertubuhan tanpa pendaftaran
atau kebenaran sekolah.
10.
Pelajar hendaklah
sentiasa memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran.
11.
Pelajar juga
dikehendaki menyertai aktiviti sekolah dengan giat dan bertanggungjawab.
12.
Pelajar tidak
dibenarkan pergi / mencerobohi kawasan SJK (C) Yu Hua sebelum, semasa
atau selepas waktu persekolahan.
13.
Pelajar tidak
dibenarkan berjumpa dengan pelajar lain / pelajar sidang lain semasa
pelajaran dijalankan kecuali dengan kebenaran sekolah.
14.
Pelajar dilarang
mengutip wang daripada pelajar lain tanpa pengetahuan dan kebenaran
guru. Urusan jual beli antara pelajar di sekolah tidak dibenarkan.
More..... |