08 May, 2005                                                                                                                                                SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

Menu Peraturan Sekolah

 

Masa & Ketidakhadiran

Pakaian

Kekemasan Diri

Perhimpunan & Kelas

Waktu Rehat & GKK

Tatatertib Pergaulan

Kemudahan Sekolah

Kesalahan Berat

Barangan Larangan

Program Penalti (PSP)

Tindakan Disiplin PSP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

YU HUA SECONDARY SCHOOL

        SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN YU HUA KAJANG

        Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor

   Peraturan Sekolah (Rules & Regulations)

 

L.   PENGGUNAAN KEMUDAHAN SEKOLAH

 

1.       Tanpa kebenaran, pelajar tidak dibenarkan memasuki Pejabat, Pejabat Pengetua, Bilik Guru, Pusat Sumber, bilik kuliah, dewan dan bilik khas lain. Peraturan bilik-bilik khas hendaklah dipatuhi.

2.      Tanpa kebenaran, pelajar tidak boleh memasuki bilik darjah lain. Pelajar yang memasuki kelas lain tanpa kebenaran / semasa ketiadaan orang lain di dalam bilik darjah itu boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana menceroboh.

3.      Pelajar mesti sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

4.      Pelajar hendaklah cermat menggunakan kerusi dan meja, air / elektrik, tidak merosakkan kolam ikan, tapak taman bunga, tidak mengotor / merosakkan tandas, atau menyalahgunakan alat pemadam api.

5.      Pelajar bertanggungjawab menjaga dan menggunakan harta benda sekolah dengan cermat. Kemudahan di sekolah seperti gelanggang bola, lampu spotlight, internet, siaraya dan lampu dewan, dan komputer hanya boleh digunakan jika ada kebenaran pihak sekolah.

6.       Meja, kerusi dan sebarang harta benda sekolah tidak boleh dialihkan dari satu bilik / dewan ke tempat lain tanpa kebenaran sekolah.

7.       Pelajar tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.

8.      Pelajar tidak dibenarkan memasuki zon merah yang dikhaskan untuk meletak kereta guru dan staf sokongan.

 

 

M.      PELAJAR YANG MEMBAWA KENDERAAN KE SEKOLAH

 

1.      Pelajar tidak digalakkan membawa kereta ke sekolah. Kereta pelajar tidak dibenarkan diletak di dalam kawasan sekolah. Kereta yang diletak di luar kawasan sekolah hendaklah tidak menggangu penghuni / pengguna jalan raya.

2.    Pelajar yang membawa motorsikal dan basikal ke sekolah hendaklah meletakkan kenderaan tersebut di tempat yang telah dikhaskan untuk pelajar sahaja.

3.       Topi keledar tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah.

4.      Pelajar yang tiba di sekolah lewat dikehendaki meletakkan motorsikal / basikal di tempat lain yang dikhaskan. Kenderaan ini akan dirantaikan.

5.     Pelajar tidak dibenarkan menunggang motorsikal atau basikal di kawasan sekolah termasuk pada hujung minggu atau hari cuti sekolah.

6.     Pelajar hendaklah menjaga ketenteraman dan bertimbang rasa terhadap kenderan pelajar lain ketika mengeluarkan kenderan sendiri semasa hendak balik.

 

More.....

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia