|
O. BARANG-BARANGAN
LARANGAN DI SEKOLAH
-
Buku / bahan cetakan yang
tidak sesuai seperti komik, majalah hiburan, majalah fesyen, poster
/ kalendar / lencana artis, buku lagu, gambar foto, katalog, bahan
lucah, buku kisah cinta remaja / dewasa, cerita seram berlebihan dan
seumpamanya.
-
Alat-alat elektronik seperti
`game & watch’, `cyberpet’, pita video, cekera padat (CD), pita
kaset, radio walkman, radio dan sebagainya.
-
Alat-alat solek.
-
Alat / barang hiasan /
barang kemas seperti cermin, tali pinggang berfesyen, subang
berfesyen, klip rambut yang besar / berfesyen, reben yang
berwarna-warni, cincin, rantai, pendant, tali / benang dan semua
jenis batu permata.
-
Sikat jenis `brush’ /
hujungnya runcing dan tajam.
-
Alat yang tajam / batang
kayu / batang besi / senjata berbahaya seperti pembaris besi /
keluli yang panjang, pisau, pemutar skrew, gunting besar, rantai
besi dan sebagainya.
-
Jaket / Sweater /
Windbreaker.
-
Bahan letupan dan bahan
bakar seperti mercun, `thunder flash’, mancis dan bahan kimia.
-
Baju atau baju-T yang
berwarna-warni / tidak boleh dipakai di sekolah.
-
Alat-alat permainan seperti
catur, monopoli, kad judi (poker card), gitar dan sebagainya.
-
Segala jenis rokok dan
dadah; minuman keras dan pil / ubat kecuali atas nasihat doktor.
-
Tepung, serbuk emas, pistol
air, telur, belon berisi air dan makanan ringan.
P. PROGRAM SISTEM
PENALTI (PSP)
Program ini dilaksanakan di
sekolah mulai 2001 seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor. Semua salah laku pelajar diberi markah penalti seperti yang
disenaraikan. Salah laku pelajar juga direkodkan dan markah penalti
dikumpulkan dari awal persekolahan sehingga pelajar meninggalkan sekolah
ini. Tindakan buang sekolah dikenakan terhadap pelajar yang telah
mengumpulkan 50 markah penalty. Perkara yang direkodkan dalam Mata
Program Sistem Penalti juga sebahagian daripada Peraturan Sekolah.
Lembaga Disiplin
SMJK Yu Hua, Kajang
2005 |
|
Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang.
Developed and maintained by the Web Development Team
SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok
43000 Kajang, Selangor, Malaysia |