26-Feb-2008                                                                                                                                                  SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

 

 

Home

News & Events

Student's Arts

 

 

 

 

 

  Student's Arts

 

AIDS

           

                   Penyakit AIDS atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit ialah akhir gejala kuman HIV. AIDS merupakan penyakit yng amat menggerunkan setiap manusia di dunia ini. Sejak kebelakangan ini, penyakit AIDS telah marabak dari setahun ke setahun. Menurut Akhbar “Sin Chew” , kadar peratusan jangkitan AIDS dari tahun 1999 hingga 2004 mancatatkan peningkatan mandadak lebih daripada 500 peratus. Pengidap AIDS kian bertambah ramai dan penyebarnya masih belum dapat dikawal, malahan masih belum ada penawarnya lagi bagi penyakit AIDS, maka tidak terlampau dikatakan bahawa penularan lebih dahyat daripada kesan perang nuklear.

            

             Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan AIDS kian memuncak. Sikap kecuaian manusia merupakan sebab-musabab utama yang menyebab merebaknya penyakit AIDS. Hal ini jelas bahawa seseorang itu mudah dijangkiti AIDS akibat daripada sikap kecuaian seperti menjalankan hubungan seks secara rambang selepas manganbil arak atau dadah yang berlebihan. Kes yang terbaruialah dua orang lelaki homoseksual talah melaku hubungan seks tanpa memakai “alat pencegah” dn tanpa manjaga kebersihan alat sulitnya selepas mengambil arak. Malangnya, kedua-dua orang lelaki berhomoseksual itu telah dijangkiti AIDS.

 

             Tambahan pula, perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah juga manjadi puncanya penyakit AIDS.hal ini jelas dilihat bahawa virus HIV mudah merebak daripada seseorang kepada seseorang  apabila penagih dadah menghisap dadah dengan menggunakan jarum suntikan yang tanpa streril secara bergilir-gilir. Selain itu, kes kecuaian manusia semasa mengadakan kempen menderma darah dan menjalani pembedahan pertukaran darah dijangkiti penyakit AIDS juga sering berlaku.

        

              Di samping itu, pengaruh daripad media massa terutamanya cetak rompak yang berunsur seksual dan keganasan ini sedikit sebanyak telah menyemarakkan nafsu seseorang itu untuk melakukan hubungan seks. Bukti yang nyatanya, ramai orang masih mengunjungi sarang pelacuran walaupun mengetahui bahawa mereka talah melanggar undang-undang dan pihak berkuasa selalu mengadakan operasi penyiasatan terhadap sarang pelacuran. Kes-kes perogolan terhadap kanak-kanak dan orang-oang tua juga sering berlaku. Ini jelaslahbahawa insan kini telah hilang nlai-nilai sosial murni dan seolah-olah orang zaman jahiliah.

 

             Selain daripada itu, golongan homoseksual dn heteroseksual yang selalu bertukar-tukar pasangan paling kemungkinan akan dijangkiti AIDS. Perkara ini dilihatkan  bahawa mereka yang kerap melakukan hubungan seks mudah dijangkiti AIDS kerana mereka tidak meyedari sama ada pasangan mereka pembawa HIV atau tidak. Menurut kata-kata Jonathan Mana, bekas ketua penyelidik AIDS bahawa sebahagian besar daripada penghidap HIV adalah golongan homoselsual dan heteroseksual.

 

            Sebenarnya, penyakit AIDS dapat dielakkan dan dicegah melalui pelbagai langkah. Slah satu langkah ialah manusia patutlah berpegang kuat kepada agama. Hal ini disebabkan agama memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah yang positif. Seseorang itu tidak akan diakui oleh agamanya sekirannya mereka adalah golongan penagih dadah homoseksual dan heteroseksual. Pegangan agama ini secara tidak langsung telah menhindari kita daripada jangkitan penyakit AIDS.

 

                Di samping itu, melupakan tradisi-tradisi masyarakat merupakan langkah yang berkesan untuk mengelakkandiri daripada penyakit AIDS. Menurut tradisi kuno, wanita hendaklah setia kepada suami, iaitu tidak boleh menolak suami mereka daripada menjalankan hubungan seks meskipun suaminya mempunyai hubungan seks dengan wanita lain. Tradisi-tradisi kuno ini patut diharam dan dihapuskan agar waita dapat menolak permintaan suami agarmereka dapat mengelak daripada dijangkiti AIDS.

 

                Kesimpulannya, penyakit AIDS merupakan pembunuh utama dalam era baru-baru ini. Ia jauh lebih hebat daripada kemudaratan candu yang meruntuhkan Dinasti Manchu China purba. Lantarann itu, kita haruslah berhati-hati semasa menjalankan hubungan seks. Sekiranya keseronokan sementara yang dinikmati berpotensi meruntuhkan sesebuah keluarga buat selama-lamanya disebabkan serangan AIDS maka tindakan orang itu amat dikasali. Pada nafas yang sama kita patut besama-sama mancari seribu satu pendekatan bagi memerangi penyakit AIDS yang amat berbahaya ini.

    Lee Kian Sin

                                                                                                        

 

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Email: webmaster@yuhua.edu.my