|
Makanan
Makanan merupakan satu
keperluan yang asas bagi semua benda hidup di dunia
ini. Tidak kira sama ada haiwan atau tumbuhan, tidak
kira sama ada manusia yang merupakan kehidupan yang
teragung di dunia ini, semua benda hidup mesti mati
sekiranya tidak ada bekalan makanan. Sejak zaman
prasejarah yang wujud dahulu, manusia telah pandai
memburu binatang atau memetik buah-buahan sebagai
salah satu sumber mineral dan tenaga kepada mereka
supaya dapat menjalankan aktiviti harian. Dari kurun
ke kurun, manusia mengajar keturunannya supaya
mencari makanan sebanyak mungkin, makanan yang
dicari mesti bersih dan berkhasiat. Manusia yang
wujud dahulu hanya tahu menggunakan lembing atau
parang untuk membunuh binatang dan makan terus
sahaja daging tanpa dimasak. Sejak wujudnya api di
dunia ini, maka manusia menjadi pandai kerana
makanan atau daging yang dimasak dengan api akan
menjadi lebih enak dan selamat untuk dimakan. Hal
ini adalah kerana kuman yang terdapat telahpun
dibunuh dengan suhu yang tinggi.
Dari Zaman Paleolitik ke Zaman Neolitik ke Zaman
Logam dan akhirnya dari Zaman Logam ke Zaman
Teknologi yang canggih hari ini, tabiat pemakanan
manusia berubah-ubah mengikut trend pemodenan.
Makanan tradisional dianggap sebagai makanan yang
telah tidak popular lagi. Maka, tukang masak pun
memerah otak mereka supaya mengeluarkan pelbagai
jenis makanan atau lauk-pauk yang bervariasi dari
segi struktur, bau, bahan-bahan dan yang penting
ialah tekstur makanan tersebut. Malaysia yang sedang
pesat membangun mengikut jejak tukang masak dari
negara-negara atas angin. Tidak hairan lagi
sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Bukit
Bintang yang penuh sesak dengan restoran seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Secara tidak langsung,
kesihatan rakyat Malaysia akan terjejas.
Makanan seperti roti canai dan nasi lemak yang
berkhasiat tinggi sering dimakan oleh rakyat
Malaysia. Oleh sebab Malaysia merupakan negara yang
unik dengan pelbagai kaumnya, jadi makanan
tradisional pelbagai kaum secara automatiknya akan
diterima oleh semua rakyat dan akan dimakan oleh
mereka. Ini boleh menyebabkan pelbagai jenis
penyakit dalam kalangan rakyat Malaysia. Mereka
sering mengambil lemak yang terlalu banyak dalam
pemakanan mereka. Lemak yang mengalir ke dalam perut
kita kebanyakan tidak dapat dicerna oleh asid
hydroklorik. Jadi, lemak akan berkumpul dan mengikut
aliran darah ke seluruh badan kita. Lama-kelamaan,
kapilari darah dalam badan kita mengalir dengan
lancarnya ke sesetengah organ atau anggota badan.
Keadaan ini akan menyebabkan anggota badan bahagian
tersebut kekurangan oksigen lalu sel-sel di dalamnya
akan mati dan tidak dapat berfungsi . Keadaan
menjadi teruk apabila lemak terkumpul di sekitar
jantung kita kerana jantung terpaksa mengepam darah
dengan kuatnya ke seluruh badan. Sekiranya jantung
tidak berada dalam keadaan yang baik, maka tekanan
darah tinggi akan berlaku.
Rakyat Mlaysia yang sering mengamalkan pengambilan
gula, garam atau cili yang rasanya manis, masin, dan
pedas dalam pemakanan mereka akan menghadapi masalah
kesihatan seperti keguguran rambut, penyakit
diabetis, pertumbuhan jerawat atau bisul, obesiti,
dan pelbagai lagi. Cabaran terbesar yang dihidapi
oleh Kementerian Malaysia mahupun
organisasi-organisasi kesihatan antarabangsa ialah
jumlah manusia yang menghidapi masalah obesiti
terlampau banyak sehingga mereka terpaksa
berlumba-lumba untuk mencari penawar supaya masalah
obesiti dapat dikawal. Masa pemakanan rakyat
Malaysia yang tidak tetap merupakan salah satu
faktor utama mereka menghidapi penyakit. Penyakit
yang sering kita dapat ialah gastrik. Kejadian ini
berlaku akibat asid yang dihasilkan oleh perut
berfungsi untuk mencerna makanan tetapi malangnya,
rakyat Malaysia tidak mengambil makanan pada masa
tersebut. Asid tidak dapat mencerna makanan dan ia
akan menghakis dinding perut kita dan ulser akan
terjadi di dalam perut. Apabila asid memasuki ke
dalam perut kita, kita akan berasa sakit kerana
tindak balas bahan kimia dalamnya.
Oleh sebab tabiat pemakanan rakyat Malaysia tidak
betul, jadi pelbagai jenis penyakit berlaku sekarang.
Cuba kita fikir sejenak, adakah manusia pada zaman
dahulu menghidapi penyakit yang wujud sekarang?
Betapa sihat mereka sehingga mereka dapat hidup
lebih lama di bumi ini berbanding dengan manusia
pada zaman yang semakin majunya. Wajarlah kita duduk
bersama-sama untuk mencapai kata sepakat atau
persefahaman untuk menangani masalah kesihatan
rakyat Malaysia.
Antara cara yang dapat kita amalkan ialah senaman.
Kita seharusnya bersenam sekurang-kurangnya tiga
kali untuk satu minggu yang tempoh masanya lebih
kurang satu jam setengah sekali. Bijirin dan
buah-buahan haruslah dimakan dengan banyak kerana
bahan ini membekalkan tenaga kepada kita untuk
melakukan aktiviti harian, sebaliknya, kita harus
kurang makan gula, lemak, dan minyak. Selain itu,
susu, keju dan hasil tenusu yang lain harus diambil
secara sederhana. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang
kaya dengan vitamin, garam mineral dan pelawas dapat
mencegah penyakit sembelit, vitamin, terutamanya
vitamin C dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dapat
mencegah penyakit kulit kering dan bersisik. Vitamin
A yang ada dalam lobak merah pula memelihara
penglihatan dan mengelakkan rabun malam.
Secara ringkasnya,amalan pemakanan seimbang harus
dijadikan amalan hidup agar kita tidak menderita
lantaran menghidapi gejala kekurangan atau
berlebihan nutrient tertentu. Semoga ‘makan untuk
hidup’ akan menjadi prinsip hidup kita agar kita
semua dapat hidup dengan selesa di samping menikmati
makanan sedap.
Yong Meng Kuen
|