26-Feb-2008                                                                                                                                                  SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

 

 

Home

News & Events

Student's Arts

 

 

 

 

 

  Student's Arts

 

             

Hari Perayaan

 

      Malaysia, sebuah negara majmuk. Penduduk Malaysia trdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan bahasa, agama dan budaya yang berlainan. Oleh hal yang demikian, wujudlah perayaan yang disambut oleh penduduk Malaysia pada sepanjang tahun. Sebenarnya, inilah ciri keunggulan kita sebagai sebuah negara majmuk.

 

      Baru-baru ini, Tahun Baru Cina yang dikatakan sebagai perayaan utama bagi kaum Cina telah disambut dengan meriah sekali. Secara umumnya, corak sambutan perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun mungkin sama. Ada perarakan, perjudian dan pembakaran.

 

      Tujuan menyambut Tahun Baru Cina bagi kaum Cina dahulu ialah hendak menghalau suatu syaitan yang dipanggil ‘nian shou’ daripada makan orang pada waktu malam tahun baru. Syaitan ‘nien’ ini sangat takut akan benda yang berwarna merah, cahaya dan bunyi pembakaran bunga api. Jadi, kaum Cina pun melekatkan kertas merah di atas pintu menjelang Tahun Baru Cina. Mereka juga menyalakan suluh sepanjang malam Tahun Baru Cina dan membakar bunga api.

 

      Sebelum Tahun Baru Cina menjelang, kita sudah dapat melihat, mendengar dan menghidu suasana menjelang Tahun Baru Cina di dalam hati kaum Cina yang mula marak dengan penuh kegembiraan. Semangat dalam hati yang baru ‘dicas’ juga dapat dilihatkan. Buktinya, terdapat pelbagai lagu Tahun Baru Cina dan barang-barang Tahun Baru Cina seperti baju baru, alat keemasan, bunga, perabot, makanan dan minuman telah mula dipasarkan. Tidak kira sama ada di tepi jalan, kedai, pasar raya atau kedai serbaneka. Selain itu, sesetengah pasar raya juga mengadakan pertandingan seperti menulis kaligrafi cina, nyayian dan sebagainya untuk mengambil kesempatan menarik hati pengujung. Yang paling memikat hati  para pembeli ialah harga barang-barang pada hari perayaan yang lebih murah berbanding dengan harga biasa.

 

      Selain itu, ada juga kaum Cina suka melekatkan kertas warna merah yang telah ditulis dengan perkataan ‘fu’ dan ‘chun’ di atas dinding dan pintu. Kertas merah itu dilekat dengan terbalik kerana kaum Cina percaya bahawa ini menandakan kedatangan musim bunga dan kekayaan.

 

      Pada masa yang sama, bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa atau saudara-mara akan mengambil kesempatan untuk balik ke kampung masing-masing sebelum Tahun Baru Cina supaya dapat makan malam yang dipanggil ‘Tuan Yuan Fan’ bersama dengan ahli keluarga. Jadi pada masa itu, tidak kira sama ada di stesen bas, stesen kereta api atau di lapangan kapal terbang akan penuh dengan orang ramai.

 

      Selepas makan malam, orang tua-tua  akan memberi angpau kepada orang muda. Pada masa yang sama, mereka akan bersama-sama menyambut kedatangan Tahun Baru Cina. Jadi, pada malam Tahun Baru, kebanyakan kaum Cina tidak tidur. Lampu juga akan dinyalakan dengan terang sekali sepanjang malam itu.

 

      Bagi kanak-kanak pula, perkara yang paling mengembirakan mereka ialah mendapat angpau. Pada hari pertama Tahun Baru Cina, kebanyakan kaum Cina akan menyembah Tuhan masing-masing. Mereka menyediakan pelbagai alat dan makanan untuk dipersembahkan kepada Tuhan.

 

      Selain itu, aktiviti saling mengunjungi ke rumah saudara-mara atau ke rumah kawan juga diamalkan oleh kaum Cina. Mereka berpakaian baru dan cantik semasa mengunjungi ke rumah saudara-mara dan mengucapkan ‘Gong Xi Fa Cai’ antara satu sama lain. Secara tidak langsung, kaum-kaum lain seperti kaum Melayu, kaum India dan kaum lain juga akan mengunjungi rumah kaun Cina. Dengan ini, dapatlah mengeratkan silaturahim dan mencerminkan identity masyarakat Malaysia yang harmonis.

 

      Bak kata pepatah ‘gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati’. Pantun dua kerat ini jelas membayangkan betapa besarnya peranan makanan dalam kehidupan masyarakat. Makanan semasa musim Tahun Baru Cina memainkan peranan yang penting iaitu kaum Cina percaya bahawa ia akan mendapat petanda yang baik. Biasanya mereka akan makan ikan, sayur, lobak, bebla ikan dan daging yang setiap satunya membawa maksud masing-masing. Selain itu, kuih bakul juga merupakan salah satu makanan Tahun Baru Cina. Ada satu lagi makanan yang dipanggil ‘shui gao’ yang bentuknya macam duit emas kaum Cina dahulu juga turut dimakan. Kaum cina percaya jika makan ‘shui gao’ akan membawa kekayaan pada tahun seterusnya.

 

      Lebih penting lagi, ibu bapa akan melarang anaknya daripada bercakap kata-kata yang tidak baik semasa Tahun Baru Cina. Lebih-lebih lagi, kaum Cina tidak boleh menyapu sebelum hari kelima Tahun Baru Cina kerana mereka percaya kekayaa dan tuah yang baik akan disapu keluar dari rumah. Tambahan pula, jika ada barang dipecahkan, kita mesti mengucap kata ‘sui sui ping an’ supaya dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak baik sepanjang tahun tersebut.

 

      Akhir sekali, walaupun zaman berubah, perayaan Tahun Baru Cina akan terus disambut selama-lamanya. Ini kerana perayaan ini adalah paling penting dan mengembirakan bagi kaun Cina. Selain itu, ini juga merupakan peluang bagi ahli keluarga brkumpul dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Email: webmaster@yuhua.edu.my