|
Kepentingan Nilai-nilai Murni
Pernyataan bahawa dewasa ini manusia lebih
mementingkan nilai kebendaan sehingga mengetepikan
nilai-nilai murni dalam kehidupan memang tidak dapat
dinafikan. Dalam realitinya, pembangunan negara
tidak wajar hanya membabitkan kekayaan seseorang,
tetapi perlu seiring dengan pembangunan moral, nilai
murni dan budi pekerti tinggi. Negara perlu memiliki
rakyat yang amanah, iklas, kerajinan,
bertanggungjawab serta berbudi bahasa kerana sistem
nilai itu menjadi kayu pengukur sebenar tahap sebuah
negara. Sungguhpun begitu, seseorang itu tidak harus
mengetepikan nilai-nilai murni yang telah menjadi
amalan atau tradisi nenek myang kita sejak kian
lama.
Setiap anggota keluarga memainkan peranan yang besar
dalam membangunkan akhlak anak dan remaja terutamnya
ibu bapa mereka. Ibu bapa bertanggungjawab dalam
mendidik dan membentuk anak-anak supaya manbesar
dengan akhlak yang terpuji. Ibu bapa harus
memastikan anak-anak dibesarkan dalam harmoni serta
diserapkan nilai murni untuk menghadapi cabaran masa
depan.
Tidak dapat dinafikan masyarakat pada hari ini
trlalu materialistik dan mementingkan kemewahan
sahaja. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang
menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh
ditukar ganti dengan kebendaan merupakan satu
kesilapan besar dan perlu dibaiki segera.
Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa
sejak kebelakangan ini berpunca daripada kekurangan
kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa
mereka terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan
nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan,
pertuturan dan adab serta kelakuan yang baik kepada
anak-anak mereka. Oleh itu, dalam usaha ke arah
menangani pelbagai masalah sosial yang wujud, ibu
bapa perlu sentiasa bersikap prihatin serta memantau
anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang
harmoni, memupuk nilai positif supaya anak mereka
menjadi warganegara yang produktif dan sihat.
Generasi muda pada masa kini semakin biadap terhadap
guru ataupun orang tua. Mereka tidak mahu bergaul
atau bertegur sapa dengan guru mereka. Apabila
betemu dengan guru atau guru besar, biaanya
pelajar-pelajar akan berjalan terus sambil
bersembang dengan kawan mereka tanpa berucap salam
dengan guru. Hal ini juga berlaku apabila guru masuk
ke kelas, terdapat segelintir pelajar yang duduk di
tempat mereka kerana malas berucap salam kepada
guru. Sikap sombong dan meninggi diri sebenarnya
tidak menguntungkan, malah perbuatan seperti itu
boleh menyebabkan seseorang dipandang rendah oleh
orang lain kerana sikap yang tidak sopan. Sebenarnya
mereka patut menggunakan ungkapan selamat pagi,
terima kasih dengan guru dan merendahkan suara
mereka ketika bercakap dengan guru.
Di
perngkay sekolah, hanya didikan moral yang positif
dan nilai murni yang diterapkan oleh guru di
sekolah, akan dapat mengelakkan dii mereka daripada
terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang
tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat,
sbaliknya boleh mengakibatkan keruntuhan moral dan
sebagainya. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr.
Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan
Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni
remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini kerana
negara memerlukan generasi yang berpengetahuan,
berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi,
dedikasi, berfikiran luas serta positif.
Kesimpulannya, biarkan saya singkap daun, ambil isi
bahawa nilai-nilai murni memainkan peranan besar
dalam sepanjang kehidupan kita. Oleh itu, rakyat dan
kerajaan mesti berjuang bersama-sama untuk
mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan
berbudi supaya negara kita dapat melangkah menuju
status negara maju menjelang 2020.
|