|
Pencemaran Alam
Sekitar Di Malaysia
Alam
sekitar adalah milik kita. Di sinilah kita hiup
bersama dengan flora yang menghijau dan fauna yang
bartebaran. Di sinilah kita bina rumah, sekolah,
padang permainan, lading, sawah padi dan sebagainya.
Kita hidup dengan bahagia bersama alam sekitar yang
harmoni, segar dan indah. Kita juga terpesona
melihat kegigihan ombak menghempas ke pantai yang
putih bersih saban waktu. Yang lebih penting lagi,
perasaan duka yang kita alami akan pulih kembali
ketika melihat dedaun hijau yang melambai-lambai
ditiup angin atau melihat kenakalan kumbang yang
sering kali mencumbui kuntuman bunga. Kini,
keharmonian antarakita dengan alam ekitar sudah
pudar, terjejas dan tersisih. Alam sekitar sedikit
demi sedikit telah dicemari.
Kini, segala keindahan itu hampir telah
menjadi kenangan. Ini disebabkan pelbagai pencemaran
telah melanda negara kita. Antaranya ialah
pencemaran sungai, hakisan tanah, pencemaran udara
dan sebagainya. Pencemaran sungai berlaku akibat
daripada pembuangan sisa-sisa kilang seperti logam,
bahan kimia organik dan tidak organik. Selain itu,
sampah-sarap yang dibuang oleh manusia ke dalam
sungai juga mengakibatkan pencemaran sungai. Ini
akan mempengaruhi kegiatan kehidupan nelayan yang
mencari rezeki halal kerana hidupan akuatik seperti
ikan, udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya
akan mati akibat pencemaran tersebut. Tambahan pula,
sungai yang menjadi sektor perhubungan dan
pengangkutan, pusat rekreasi serta sumber air bagi
sesetengah petempatan juga akan mengalami kegawatan.
Semua ini membawa kesan kepada sungai iaitu sungai
menjadi sangat busuk dan bau ang memualkan juga
dapat dihidu.
Pencemaran alam sekitar yang ketara di Malaysia
ialah hakisan tanah. Projek-projek pembangunan tanah
di hulu sungai seperti pembalakan, pertanian dan
perumahan meningkatkan kadar hakisan tanah. Tanah
yang menghakis mengalir bersama air masuk ke dalam
sungai. Akhirnya, sungai dipenuhi tanah berlumpur
dan pepejal terampai. Aliran sungai menjadi sangat
lambat kerana mengambil masa yang lama untuk sampai
ke muara. Selain itu, keseimbangan biologi dan
fizikal sungai juga terjejas. Haiwan di dalam sungai
mngalami kesukaran untuk menjalani kehidupan.
Sesetengah hidupan akuatik juga mengandungi
bahan-bahan kimia seperti raksa dan arsenic.
Akhirnya, haiwan dan manusia yang makan haiwan
tersebut akan mati.
Selain itu, pecemaran udara juga adalah satu
pencemaran yang dikatakan sangat serius. Asap
kenderaan dan kilang yang dikeluarkan masuk ke dalam
atmosfera kita. Atmosfera kita yang luas membiru
dipenuhi dengan unsur dan sebatian kimia yang
berlebihan. Contohnya, plumbum, karbon monoksida ,
karbon dioksia, oksida-oksida sulfur, oksida-oksida
nitrogen dan zarah-zarah terampai adalah masalah
utama pencemaran udara. Keseimbangan atmosfera kita
yang semakin berlarutan menjadi terlalu gawat. Kesan
pulau haba di Bandar Raya Kuala Lumpur meningkat dan
berbahang walaupun waktu pada malam yang sepatutnya
dingin.
Hakisan ozon juga merupakan pencemaran alam
sekitar bagi negara Malaysia. Ini adalah kemuncak
daripada fenomena pencemaran alam sekitar. Karbon
dioksida yang terlalu banyak akibat fauna dan
tumbuh-tumbuhan yang berkurangan. Hal ini kerana
pokok-pokok ditebang secara berleluasa. Bahang
matahari tidak dapat dipantulkan semula ke ruang
angkasa kerana karbon dioksida menyerap bahan
tersebut. Ini dijangkakan pada akhir abad ini, suhu
bumi berupaya untuk mencairkan sebahagian besar
salji yang terdapat di kutub utara.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar yang
semakin gawat ini harus diselesaikan dengan secepat
mungkin. Bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum
hujan’ haruslah diingati sentiasa. Semoga masalah
pencemaran tidak akan menjejaskan kehidupan makluk
di alam ini.
|