|
Buatmu
SMJK Yu Hua
SMJK Yu
Hua
Di sini ku
berlabuh
Mencurah
bakti menabur budi
Seikhlas
hati
SMJK Yu
Hua
Dalam riak
kemelutmu
Kurenangi
onak dan duri
Melerai
mimpi
Yang indah
dan yang ngeri
SMJK Yu
Hua
Dalam
hingar dan tekunmu
Menyulan
segala ilmu
Aku terus
mencari sesuatu
Mencari
makna seorang guru
SMJK Yu
Hua
Adakah aku
hanya memberitahu,
Menerang
atau menunjukkan cara
SMJK Yu
Hua
Berikan
aku petunjuk
Untuk
menjadi guru gemilang
Yang bias
mencetus inspirasi
Buatmu…
SMJK Yu
Hua
Nukilan : Pn. Halimah Mohamed 16.5.2005
|