|
Dilema
Perjalanan Hidupku
2006,
Bulan Februari,
Hari ke-14,
Jam satu dua puluh
tujuh pagi,
Yakni waktu ketika
Ilhamku lahir,
Pen aku mula berayun
di kertas memutih ini,
Setitik demi setitik
dakwat pen aku tercerah,
Karya ini khas
untukmu.
Teman,
Diriku ibarat
nelayan di Sumatera,
Berjuang
menyelamatkan diri,
Tatkala ombak
menganas,
Bilaku tersungkur,
Kugagahi,
Dengan tenaga
daripada Tuhan,
Berjuang menimba
ilmu di dada,
Ketika taufan
menghimpit,
Memukul dan
melemahkan semangatku,
Aku bergelut dalam
kejayaan dan kemenangan,
Kutekadkan azam yang
tidak terleka,
Kutepikan jiwa mudah
remaja.
Apakah daya diriku,
Cuma seorang insane
biasa,
Tidak terlepas
daripada pancaroba dunia.
Teman,
Kini kupilih masa
depan yang gemilang,
Antara cinta dan
pelajaran,
Kupilih satu,
Di sana,
Moga kau maafkanku,
Ketika ini,
Pelajaranlah yang
perlu diutamakan,
Cinta,
Biarlah diketepikan,
Lambaian peguam
kuimpikan,
Membara dalam jiwa,
Tanpa jemu berusaha,
Demi memperoleh
kejayaan,
Membalas jasa orang
tuaku,
Yang tidak ternilai
harganya.
Tey Jun Ren
|