27-Feb-2008                                                                                                                                                  SMJK Yu Hua Official Web Portal

 

 

 

Home

News & Events

Student's Arts

 

 

 

 

 

  Student's Arts

 

              GURU

              

                  Guru

                  Kau diibaratkan sebagai cahaya

                  Menerangi hidup agar lebih bermakna

                  Tanpamu siapalah diri kami

                  Di tengah-tengah cabaran hidup.

 

Kehadiranmu

Menyerlahkan cahaya kegemilangan

Membawa kami ke arah sinaran

Yang bererti dalam kehidupan.

 

Guru

Segala nasihat dan ajaranmu

Menjadikan kami lebih berusaha

Tanpa kemarahan di sanubarimu

Meskipun kau berada dalam kerunsingan

Kau tetap membimbing kami

Agar menjadi insan yang berguna.

 

Guru

Dari nasihatmu kami berjaya

Segala budimu tak dapat dibalas

Hanya kejaan kami yang dibanggakan

Tidak sia-sia pengorbananmu

Terhadap anak-anak bangsa Malaysia.

 

Guru

Jasamu tetap bersemadi di sanubariku

Kau tempat kami menumpang kasih

Hanyalah satu yang kami pinta

Agarmu bahagia dan bahagia.

Lee Kian Sin

Copyright 2005 SMJK Yu Hua Kajang. Developed and maintained by the Web Development Team

SMJK Yu Hua Kajang, Jalan Low Ti Kok 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Email: webmaster@yuhua.edu.my