|
Sempena
Tegak Bangunan 5 Tingkat
Tanggal
keramat 1918
Namamu
tegak di sini
Sejarah
tidak pernah padam
Pada Jalan
Low Ti Kok dan
Jalan
Timur bersatu dalam igauan
Semarak
mewangi mewarnai
Bandar
satee yang damai dan kadang kala... ini
SMJK Yu
Hua
Putera-puterimu
Bertebaran di pelusuk bumi
Membawa hikmah,
nikmat, rahmat-Mu
Tidak perlu dipersoal
Kerana cukup nyata
Atas
sumbangan dulu kini dan selamanya
Kini : Kau
Kami Kita Kalian
Semua sama
dalam perbezaan
Mengisi
impianmu......
Ketekunan
kesetiaan kejujuran keberanian
Selamat sekolahku SMJK Yu Hua
Bakal menyambut kehadiranmu
Bangunan 5 tingkat menjelang 2006
Nukilan : Pn. Rozilah Azmi AR ( 1998-2005 )
|