|
Kisahku di sekolah
menengah
Teringat
Lima tahun dahulu
Ketikaku masih muda
Melangkah masuk ke alam persekolahan menengah.
Masa itu
Hatiku
Penuh dengan kegembiraan dan kegirangan
Mengharapkan perjalanan hidup yang mencabar.
Lima tahun berlalu
Aku
Menempuh pelbagai dugaan dan rintangan hidup
Serta melalui keadaan suka dan duka.
Namun
Semangatku
Masih mempunyai api yang membara
Tabah dan sabar menghadapi cabaran.
Sekarang
Aku
Hampir menamatkan kehidupan di sekolah
Namun, aku tidak pernah kesal, tetapi bersyukur,
Kerana dapat menuntut di sekolah yang tersergam
indah ini.
Kuan Han Sen
|