|
Mama
Di sinilah,
jiwamu membara,
dengan penuh harapan,
dengan penuh semangat.
Di sinilah,
tanganmu sibuk bekerja,
menajak tanah,
menyiram,
membaja.
Di sinilah,
insan-insan sepertimu,
mengorbankan masa,
mengorbankan diri,
demi masa depan kalian.
Di sinilah,
sekolahku,
Di sinilah,
aku belajar,
Di sinilah,
aku menemuimu,
seperti tongkat kepada orang buta,
seperti cahaya kepada insan dalam kegelapan,
~ sekolahku tersayang.
Chan Siew Yin
|