|
Warna Dunia Bila Berubah?
Dunia ini
berwarna hijau
keunikan alam sentiasa mengkagumi
Bilakah dunia ini berwarna perang?
tanah gambut tumbuhan hilang.
Dunia ini
berwarna biru
suasana tenang sentiasa menemani
Bilakah dunia ini berwarna merah?
manusia kehilangan budi bahasa.
Dunia ini
berwarna putih
hati suci, jiwa suci dimiliki
Bilakah dunia ini berwarna hitam?
kemelut sosial memenuhi seluruh dunia.
Warna dunia
sudah berubah
siapa melakukan?
siapa yang mengakuinya?
Kita wajar menyedari
dunia menunggu kita
untuk menyelamatkannya.
Tan Lih Jiun
|