Kami staf SMJK Yu Hua, dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan usaha dan tenaga kami untuk menjalankan segala tugas dengan amanah, cekap, bijaksana dan bertanggungjawab bagi:
Melahirkan murid yang fasih dan mahir dalam ketiga-tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina;
Melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum;
Membimbing murid untuk membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia serta insan yang cemerlang dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
Menanam sikap kekitaan, bekerjasama, berbakti dan toleransi agar sayang dan bangga terhadap sekolah serta meninggikan imej sekolah;
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk murid dari segi keceriaan, kebersihan dan kemudahan fizikal;
Sentiasa melayan, membantu dan bekerjasama dengan ibubapa, tetamu dan masyarakat dengan penuh mesra, adil dan sopan.